Tuesday, March 26, 2013

~Carrot Cake(kek lobak) dengan krim keju lagi~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Hari bosan sedunia....hahaha...nak share kek lobak...kek ni dah habis dingap oleh family...saje buat weekend lepas...suka nak buat kalau ade tukang makan...hehehe...sambil makan sambil buat lawak...abah la suka sangat buat lawak...
abah: kek ape ni ude?
saya: carrot cake, abah
abah: owh, kek lobak la ye dalam bahasa melayu?
saya: yer abah...nape tanya?...macam pelik je?ana kan dah penah buat sebelum ni...
abah: abah tibe2 teringat nek lobak ko...kalau translate nama die dalam bahasa inggeris, jadi nek carrot la ye??
saya: hahaha...tak baik la abah ni(sambil cubit perut abah) 
*abah @ penyokong saya dari dulu sampai sekarang & tukang makan yang sangat aggressive...semua resepi dia nak rasa(pavlova kegemarannye)...hehehe

nak lagi sedap, kek lobak kene makan dengan cream cheese...baru la makan sekali, rasa nak lagi...ni la kek lobak yang disebut2 tu...




Dalam kek ni saya tambah kismis & badam cincang...kalau ade yang nak tambah kekacang lain pon boleh...berminat?...jangan segan silu pm saya ye...

~Thank You~Smile~





Monday, March 25, 2013

~Mini Pavlova Cik Jah~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Sabtu lepas, cik jah datang rumah...anaknya suraya teringin nak makan pavlova...tapi taknak saiz besar...ok, tak pe...saya boleh buatkan saiz kecik 4"...cik jah nak 2 biji...ni la hasilnya...




Mini pavlova ni sesuai untuk bagi buah tangan pada kawan2 sebab saiznya xdela besar sangat...senang nak makan...tak payah cari pisau...so, jika berminat, boleh pm saya ye di 019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~

~Pavlova kawan Izzaty~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry kali ni nak share order dari customer kawan Izzaty...akak ni order pavlova saiz 9"...buah yang saya letak oren, anggur & prun...alhamdulillah selamat sampai kat customer pagi jumaat...ni la hasilnya...






Jika anda berminat, boleh pm ye di 019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~

~Cupcake pelangi~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Ada antara customer nak cupcake yang simple deco je...so, saya buatkan cupcake pelangi...ada pelbagai warna dan perasa kek pon ada banyak...saiz macam biasa M...still guna buttercream...tempahan ni untuk k.Siti, Cik.Jah, Aqillah & k.Sue...alhamdulillah...walaupun kalut nak siapkan, tapi akhirnya siap juga...




Ada design lain kalau nak berbeza...tapi customer ni semua nak yang simple dan terpulang pada saya nak buat apa pon...

*Jika anda berminat, please pm me ye..

~Thank you~Smile~

~Cupcake Sahabat~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Jumaat lepas ade order & memerlukan aku start enjin kete pergi hantar...hehe...farisa cake juga buat servis hantar tempahan by hand ye...jauh pon boleh tapi seperti biasa caj akan dikenakan...kalau dekat2 tak payah caj la...cupcake ni untuk Munirah (MITC,Melaka) daripada Syirin...khas untuk sahabat daripada sahabat...Alhamdulillah cupcake ni selamat sampai ke tangan pelanggan jam 3 petang di MITC, Melaka...ni la hasilnya...






Tema warna pelanggan minta ialah merah & hijau...ade selitkan sedikit bunga fondant ditengah-tengah bunga matahari...1 set cupcake 16's..hehe...alhamdulillah siap akhirnya...

*Design bunga akan sentiasa update dari semasa ke semasa...kali ni saya buat bunga matahari...kuantiti 1 set antara 16's(4x4) atau 25's(5x5)...jika berminat, boleh pm yer...

~Thank you~Smile~



~Cupcake hantaran Nina & Cham~

Assalamaualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
salam isnin...alhamdulillah masih dapat menghirup udara di muka bumi ALLAH WBT ni...lepas bertungkus lumus minggu lepas dengan order dan anak2 buah balik kampung, hari ni nak share ape yang dah berlaku...alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk manusia yang sabar...ni nak share cupcake hantaran tempahan daripada Nina & Cham...selamat pengantin baru Nina...tema majlis Nina ni putih dan pink...pengantin minta cupcake 1 set iaitu 16's dengan deco buttercream & fondant sikit...so, ni la hasilnya...





Cupcake selamat sampai kat tangan pengantin pagi jumaat...selamat pengantin baru Nina & Cham...Semoga terus bercinta hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh & solehah...

*Jika ada yang berminat, boleh pm saya untuk pertanyaan lanjut dan pilihan kotak dan kek mengikut suka anda...

~Thank you~Smile~

Tuesday, March 19, 2013

~Cara mengalihkan kek~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali ni nak share macamana nak alihkan kek yang sudah siap ke tempat lain...Sebab kadang ade je masalah yang berlaku last min sebelum kek selamat bertukar tangan ke empunya kek...haha...so, harap teknik ni dapat membantu ye...


Bagaimana nak mengalihkan kek yang telah diletakkan ganache ke atas lapik kek??

1. Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa di gunakan untuk mengangkat slive cake dan satu lagi yang kita gunakan untuk meratakan cream pada kek

2. Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang kita letak kek berganache tadi

3. Masukkan/ selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

4. Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek

5. Ok....selesai...

Selamat Mencuba !!!

Info: K.Ita (Masam Manis)

~Cara menuang coklat ganache~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry kali ni nak share macamana nak letakkan coklat ganache atas kek...hope dapat bantu sesiapa yang masih binggung...


1. Letakkan kek atas wire rack dan alas bawahnya dengan loyang yang besar. Coklat yang berlebihan akan jatuh dan ia boleh digunakan semula.

2. Tuang ganache di tengah-tengah kek. Biarkan ia merebak dan rata dipermukaan kek. Bila dah rata tuang pula di sekeliling kek, dibahagian penjuru supaya semua bahagian kek rata dengan coklat ganache. Jangan guna spatula untuk ratakan permukaan kek cuma perlu angkat wire rack tu dan sendengkan kiri & kanan supaya permukaan kek rata dengan coklat ganache. 

3. Biarkan kek sejat.

4. Bolehlah deco mengikut kreativiti masing-masing...hehe

Selamat Mencuba!

Info: K.Ita (Masam Manis)



~Cara untuk potong kek~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali nak share cara terbaik nak potong kek agar sama tinggi dan rata...hope dapat bantu sesiapa yang masih tercari-cara kaedah yang terbaik nak potong kek sebelum disapukan krim...


Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan:-

1. Menggunakan alat khas untuk memotong

2. Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi

3. Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau

4. Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek (anggaran 1 inci) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat

Selamat Mencuba!!

Info: K.Ita (Masam Manis)

~Contoh bunga di Farisa Cake House~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Hari demi hari, dah pertengahan bulan 3 pun...huh, masa cepat berlalu...hari ni share beberapa jenis bunga yang berjaya dipelajari daripada internet bagi memeriahkan lagi deco kek untuk next order...kene sentiasa belajar teknik baru sebab pelanggan nak deco yang meriah...selain guna bunga gum paste, kene juga tahu guna bunga buttercream...ingtkan susah nak buat, tp alhamdulillah senang je...ni hasilnya...

 Bachelor Button
  Bachelor Button
Carnation
Carnation

Bell
Bell
 Sunflower
 Sunflower

Tutorial nak buat bunga ni nanti saya update ye...tungguuuu....hehehe...

~Thank you~Smile~

Monday, March 18, 2013

~Senarai kek & Pastri di Farisa Cake House~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
SENARAI KEK & PASTRI -FARISA CAKE HOUSE-
1.       Cheese Tart
Filling: Blueberry / Strawberry
Saiz: 5.5cm

2.       Egg Tart
Saiz: 5.5cm

3.       Pavlova dengan  Whipping Cream & buah-buahan segar
Saiz: 8” & 9"
buah-buahan segar: Strawberry, kiwi, oren, mangga, anggur
*Tambahan harga bagi setiap lapis

4.       Mini Pavlova dengan Whipping Cream & buah-buahan segar
Saiz: 4”
buah-buahan segar: Strawberry, kiwi, oren, mangga, anggur

5.       Kek Lobak
Topping: Cream Cheese @ krim keju
Saiz: 8”, 9”

6.       Kek Span (Tanpa topping)
Pilihan perasa: Kiwi, Pandan, strawberry & mangga
Saiz: 8”, 9”

7.       Fudge Brownies dengan kekacang
Saiz: 10”
Pilihan kekacang: Hazel, Gajus, Badam, Biji matahari, Biji labu

8.   Red Velvet
Saiz: (8”@9", 2 layer cake, cream cheese)
*Pilihan topping: Buttercream & Fondant
*Tambahan harga jika mahu deco tambahan

9. Kek Chocolate Indulgance 
Filling:   layer 1-Mousse coklat hitam
               Layer2-Mousse coklat putih
Saiz: 8" @ 9"
Topping: Mousse coklat hitam & coklat ganache

10.   Kek harijadi
Pilihan kek: kek span(Boleh pilih perasa), kek shiffon(Boleh pilih perasa), kek coklat
(8”, Buttercream, 2 layer)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz & topping boleh ubah ikut tempahan

11.   Kek coklat putih macadamia
Saiz: (8”- Fresh Cream, 2 layer, kacang macadamia)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

12.   Kek Pelangi
Saiz: 8” (1kg++), 9”(1.5kg++)
Topping: Krim keju @ Buttercream
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

13.   Kek Pelangi (lembut macam kek span)
Saiz: 8” (700g++), 9”(1kg++)
Topping: Krim keju @ Buttercream
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

14.   Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju jepun
Saiz: 9”(1kg++)
Pilihan perasa: Blueberry, strawberry & Kiwi

15. Kek bola
Saiz: 8” (800g++), 9”(1.2kg++)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

16. Kek pelangi dengan deko Hello Kitty
Saiz: Mengikut permintaan pelanggan
Pilihan kek: span, coklat moist dan kek pelangi
*Tambahan harga untuk deko tambahan

17.   Cupcakes untuk Doorgift/ Pack individu
a)Cupcakes dengan Buttercream(hiasan ringkas)
b)Cupcakes dengan hiasan bunga rosette
c)Cupcakes dengan buttercream & bunga fondant 
d)Cupcakes dengan deko fondant 
e)Cupcakes dengan gambar 'edible'
*kek pilihan: Chocolate moist.
f)Cupcakes red velvet dengan krim keju @ creamcheese frosting
    *Tambahan harga untuk fondant topping

18.   Kek cawan kertas
Pilihan kek: Kek pisang, kek coklat, kek span(vanilla, oren, coklat,pandan)
*(Tempahan tidak kurang dari 400pcs. Jika lebih, harga boleh runding)
*Tambahan harga untuk dome casing & deco

19.   Bagi tempahan kek hantaran & kek majlis potong kek, pilihan jenis kek dan topping boleh dibincang mengikut budget masing-masing. Jika ada contoh gambar dan juga jenis kek yang tiada dalam senarai harga ini juga boleh dibincangkan kerana pilihan kek sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Perhatian:-
1.       Menerima tempahan untuk cupcake bagi hantaran & majlis hari jadi
2.       Menerima tempahan untuk berkat@buah tangan tetamu untuk majlis bertunang, kahwin dan sambutan harijadi.
3.       Sebarang tempahan, boleh email ke nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205/ farisafarhana.blogspot.com/ farisa farhana(FB)
4.       Juga menerima tempahan kek/cupcake/pastri mengikut permintaan walaupun tiada dalam senarai harga kerana tambahan jenis menu akan bertambah dari semasa ke semasa.
5.       Selamat menempah…Thank you…

Sunday, March 17, 2013

~Dragon Puding~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry malam ni nak share tentang dragon puding atau dengan nama lain puding naga...hahaha...pelik je bunyinye...Just nak share resepi & gambar puding ni...punya la semangat nak makan puding, tiba2 nampak ada buah naga atas meja...terus dapat idea nak buat puding buah naga...Ok, ni resepi macamana nak buat puding ni...let's try it out...

Bahan-bahan:-
Agar-agar (anggaran 11gm)
Telur - 2 biji
Susu cair - 1/2 cawan
Gula kasar - 1 cawan
Tepung Kastard - 3 sudu besar
Air - 4 cawan
Buah naga - 1 biji (sederhana besar)

Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar, gula dan air hingga agar-agar larut dan mendidih
2. Masukkan susu cair. Tunggu hingga mendidih
3. Dalam bekas lain, campurkan telur dan tepung kastard. Pastikan tidak berketul.
4. Campurkan campuran telur & tepung kastard tadi dalam bekas agar-agar tadi sambil kacau (kalau tak kacau, nanti berketul). Biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan dalam acuan (ikut suka nak bekas corak apa pun boleh). Taburkan buah naga yang sudah dipotong ke dalam acuan yang berisi adunan agar-agar tadi.
6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan selepas keras.


Dragon Puding

Try la yer...rasanya memang sedap...lebih-lebih lagi dalam cuaca sekarang ni yang agak panas...yummy...yummy...




Friday, March 15, 2013

~ Blueberry Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju ~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Update dan terus update...kadang-kadang ada terfikir juga nak letak resipi dalam blog ni...tapi sejujurnya masa belum mengizinkan...so, sape nak resipi boleh pm saya dan nak share sesuatu jika perasan kesalahan saya, boleh pm juga...sharing is caring yer kawan-kawan semua...setiap manusia mesti ada buat kesilapan...In Shaa ALLAH akan cari masa share something yang berfaedah dengan semua..
So, kali ni nak cerita sikit tentang cheesecake @ kek keju...selama ni bila buat kek keju, mesti bantat @ keras...sangat tension...dari masa ke masa, keep improve teknik dan banyak tanya kawan-kawan, akhirnya makin nampak dimana kesilapan tu...Alhamdulillah, ALLAH WBT nak suruh kita usaha, bukannya dok goyang kaki, buat sekali je terus pandai....hehe...million thanks to k.Laila sebab sabar layan soalan cepumas saya selama ni...
Nak dipendekkan cerita, malam semalam semangat nak try buat sekali lagi tiba-tiba dapat...pukul 10.30mlm baru nak mula...youtube kat phone hidup, buku dok jeling tengok resepi k.Laila...hahaha...Ini hasilnya...

Blueberry filling sebagai manisan atas kek keju


Blueberry Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju Jepun

Ini la hasilnya...Alhamdulillah...

*Jika anda berminat, call me yer....019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~

~ Kek Bola ~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Salam Jumaat...hampir jam 11pg...cepat betul masa berlalu sekarang...Alhamdulillah masa sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti...Hari selasa Pn.Zaidah ada call nak tempah kek harijadi untuk pelajar Pra-sekolah...nak deco bola guna kek span dan buttercream...Saiz nak 9"...ok, input dah masuk kepala...dah dapat bayangkan camne nak buat...kek kene masak 2 kali iaitu 1 saiz 9", satu lagi 8.5" sebab nak dapatkan bentuk separa bulat tu...bayangkan bola di padang, mesti la ada rumput...ok, tapi nak bola jenama apa?...haha...kita sental NIKE yer sebab customer tak kesah...akhirnya, ini hasilnya lepas di'decorate'kan...





Alhamdulillah selesai juga...berat kek ni 1.5kg, saiz 10.5" selepas deco, kek span pandan & buttercream...thanks and lepas ni kalau berminat, boleh order lagi...In Shaa ALLAH...

*Jika anda berminat, boleh pm saya di 019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~


~Kek pelangi dengan hiasan Hello Kitty 2~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Salam Jumaat....semoga hari ni lebih baik daripada hari-hari semalam...Minggu lepas ada post mengenai kek pelangi dengan hiasan Hello kitty kan?...so, hari ni nak share gambar kek supaya semua nampak lebih jelas...

Happy Birthday Dhia Damia Batrisyia yang ke-4

Kek pelangi 4 tingkat...kalau nak lagi tinggi pun boleh..

Pipi Hello Kitty yang telah dipotong...hehe

So, sekali lagi nak wish happy birthday Dhia Damia Batrisyia yang ke-4...semoga menjadi anak yang solehah dan cerdik..
Jika anda berminat, kek ni boleh juga kalau nak saiz kecil...tapi minimum berat 2kg sebab untuk deco, kena pakai byk ruang...anything, please call me yer...

-Thank You- smile-


Friday, March 8, 2013

~White chocolate macadamia-Pn.Jun & En.Kamal anniversary~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Alhamdulillah...hari ni jumaat ye??...skrg dah jam 3ptg...baru lepas siap satu lagi kek ulang tahun perkahwinan Pn.Jun & En.Kamal...kek ditempah ialah white chocolate macadamia with fresh cream topping...siap untuk hari ni...In Shaa Allah nest time akan update lagi kek terbaru...





Saiz kek: 8"
Nama kek: White chocolate macadamia with fresh cream



~kek pelangi dengan hiasan hello kitty~

Assalamualaikum
& Salam sejahtera
~~~~~
Alhamdulillah semalam siap 1 lagi kek...dah macam tadika dah...color besepah kat dapur...puas hati sebab akhirnya siap juga kek pelangi...buat 4 color je sebab customer tak nak tinggi sangat...tapi dia nak besar...


gambar atas tu belum deco lagi...ni hasilnya lepas deco...mengikut permintaan birthday girl, dia nak hello kitty...layannnn...



ni la hasilnya...Alhamdulillah nampak gak la macam hello kitty...almaklumlah, budak eng tak pandai lukis2 ni...In Shaa Allah akan perbaiki dari semasa ke semasa...

kek ni saiz lebih kurang 16"x8" & beratnya 4kg++...kalau nak saiz kecil pon boleh...so, bagi sesiapa yang berminat, boleh contact saya ye...019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com