Saturday, May 25, 2013

~~Percutian Kami v1~~

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
~~~~~
Seminggu dengan keluarga. Sangat-sangat happy. Family adalah segalanya. Masa aku senang susah, family la tempat aku menangis & ketawa. Saat siang malam menangis lepas apa yang dah jadi, mak abah la tempat aku luahkan rasa hati. Berkat doa mak abah la, aku masih dapat tersenyum sekarang. Thanks mak abah, sebab selalu ada disisi ana susah dan senang. Selepas setahun bekerja, aku ambil keputusan untuk berhenti kerja. Kenapa? sebab tak ade hati langsung nak duduk sane. Hati sangat tenang tinggal dengan family. Dengan sangat yakin, aku resign. Mak abah sangat positif and always reminded me to be positive. 
"Allah SWT akan menduga kita selaras dengan kemampuan diri kita sendiri". 
Yes, that's true. Start baking and after 2 months retired, minggu ni kami melancong. Abah tinggal kurang dari 4bulan untuk officially retired after more than 35years working with Felda. Oh! abah dah nak pencen. Lepas ni boleh la main janggut abah selalu. Ala tomey tomey. 
Ok, back to main focus. 11/5/2013(Sabtu) yang lalu, kami bertolak ke kuala perlis. Wow, I'm excited. Pagi-pagi lagi dah bertolak. Sampai kat sane pukul 3ptg. Selepas sedikit masalah, pukul 7ptg baru checkin T Hotel kat Kuala Perlis. Hotel ni betul-betul bertentangan dengan jeti Kuala Perlis. So, ia amat memudahkan kami punya planing esok nak bertolak ke Pulau Langkawi. Makan malam di Kuala perlis sangat lawak. Terkejut juga la tengok pekan kat situ. Tak ade pape dan makanan semua ala-ala ikan bakar. So, decided untuk pusing-pusing pekan cari kedai makan biasa je. Sementara tunggu makanan, snap gambar sikit.
Mak dapat makanan dulu. So, mak makan dulu. Order kami lambat sikit. Lepas dinner, balik hotel, tido la. Gud Nyte. Huwaaaaaaa

12/5/2013 (Ahad)
Pagi-pagi lagi dah bangun. Adik-adik exited nak pegi padang besar. Mak pulak nak shopping. Lepas breakfast, pegi beli tekit feri dulu sebab malas nak berebut nanti. Start journey to Padang Besar. Dah 2 tahun tak pegi belah atas ni, jalan pon tak pandai nak agak arahnye. Tapi alhamdulillah sampai pukul 9 pagi. Ade la beberapa kedai yang dah buka. Pusing punya pusing, ape yang kami dapat? Huhu, terlupa nak snap gambar. Tapi aku dapat baju sehelai, adik-adik jangan cakap la, banyak helai dapat. Dulu pegi padang besar dapat bantal strawberi yg sangat besar dari my bff, skrg dah malas nak round kat kedai-kedai tu. jalan dengan abah je. Sambil pegang tangan gitu. Romantik tak?(sebenarnya tu memang aktiviti aku kalau shopping dengan abah, layan abah lagi bagus). Ni gambar time di padang besar. Dapat snap sikit.


Hihi. Pukul 11.30pagi, kami dah balik semula ke Kuala Perlis. Sebab dah tak tahu nak buat ape dah kat situ. Sebelum balik, sempat lagi singgah makan pulut mangga kat warung tepi tu. Abah kate nak try, kalau sedap balik nanti boleh try buat. Kebetulan pulak mak ada beli pulut siam. Sampai kat jeti dah pukul 12.30tghr. Turunkan barang dan abah lepak kete kat tempat beratap. Kesian kete berjemur lame abah kate. Harga tempat kete RM10 sehari. Itu yang beratap la, kalau yang open, RM8 je. Kami semua naik feri pukul 1.30ptg. Gambar tak larat nak snap sebab kepala rasa macam kat bawah, kaki kat atas. Peningnya. Mak, tak nak dah naik feri. Harga seat feri RM18 untuk dewasa. Harga kanak-kanak tak sempat nak usya sebab tak bawa kanak-kanak pon. Pukul 3.15ptg, kami sampai di Pulau Langkawi. Welcome to langkawi. Akhirnya sampai juga aku kat sini. Walaupun 4 tahun study kat utara, tapi lepas dah habis study baru nak pegi jelajah langkawi. Sampai je, terus solat jamak dan lunch. So, bermulalah jelajah langkawi kami. Start with pergi ke Kilim Geopark. Kami ambil personal boat nak tour seluruh kawasan kilim geopark ni. Kalau ikutkan package ni harganya RM250.00. Agak mahal sebab kami ambil personal boat. Kalau nak share lagi murah la. Tour di Kilim Geopark ni kami pegi pulau tikus, tengok ikan pari dan bagi helang makan. Kebetulan dapat tour guard yang peramah. So, senang sikit nak 'kautim' masa. Cantiknya pulau-pulau kat sini. Abah memang suka jalan kat tempat gini. Time masuk Gua tikus tu, gelap gelita. Kesian abah, sorang-sorang je lelaki. Semua dok bepaut pada abah. Hehe, abah you are my hero. Pegi pusing-pusing pulau, masuk gua buaya, lalu celah-celah bakau, memang best. Pukul 6.15ptg dah siap tour kat sini. Tunggu abang sewa kete hantar kete kat sini, pukul 7ptg baru sampai kat hotel. Kami sewa kete vios. Harga untuk sehari RM160. Disebabkan kami pakai package, so harga maybe tak sampai RM160 pon. Kami check-in kat Chenang Resort, dapat bilik betul-betul tepi pantai. Bilik 202. Tido malam, dengar ombak pukul dinding bilik. Takutnya..Aktiviti malam ni just makan malam dan pusing area pantai chenang. Tido awal sebab esok nak buat aktiviti lain. Hehe.Gud nite semua.
 ------------------------
Stay kat langkawi ni 3hari 2malam. So, agak panjang lagi penceritaan journey ni. Saya ceritakan untuk next update ye.
 
 

Tuesday, May 21, 2013

~~Dah lame tak update blog~~

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
~~~~~
Sedar tak sedar, dah sebulan tak update blog ni...huwaaaa...ape dah jadi ni tuan tanah??...kemalasan duduk depan laptop tu la sebabnye blog tak update...ditambah dengan percutian selama seminggu dan juga kenduri...kenduri akikah ye, bukan kenduri lain....hahaha...after 2 month resigned & secara langsung stop travel, rase puas dapat travel seminggu....dari melaka>>k.perlis>>padang besar>>pulau langkawi>>cameron highland>>shah alam>>puchong>>serting n9>>melaka....alhamdulillah semuanya selamat....sekarang fokus pada cari keje dan baking...bila duduk sorg, terfikir "byk dah bende jadi dalam sebulan ni ye", kuasa Tuhan tak sape pon boleh menghalang-kun fayakun-...but, i'm happy....thanks pada semua yang membantu...dah melalut masuk bab lain dah ni....to all, saya akan update nanti ye last order 2 minggu lepas sebelum percutian yang lepas...anyone yang nak order, please call/sms me at 013-4142692....tempahan sentiasa buka...untuk kek wedding, anda boleh tempah tarikh yer...lagi awal lagi bagus, saya boleh fikir yang terbaik untuk anda semua....hehe...

*Mood sangat happy...anda happy?....semua orang akan merasa kegembiraan, ape yang penting sabar....Janji Allah SWT itu pasti..