Tuesday, March 19, 2013

~Cara mengalihkan kek~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali ni nak share macamana nak alihkan kek yang sudah siap ke tempat lain...Sebab kadang ade je masalah yang berlaku last min sebelum kek selamat bertukar tangan ke empunya kek...haha...so, harap teknik ni dapat membantu ye...


Bagaimana nak mengalihkan kek yang telah diletakkan ganache ke atas lapik kek??

1. Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa di gunakan untuk mengangkat slive cake dan satu lagi yang kita gunakan untuk meratakan cream pada kek

2. Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang kita letak kek berganache tadi

3. Masukkan/ selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

4. Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek

5. Ok....selesai...

Selamat Mencuba !!!

Info: K.Ita (Masam Manis)

~Cara menuang coklat ganache~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry kali ni nak share macamana nak letakkan coklat ganache atas kek...hope dapat bantu sesiapa yang masih binggung...


1. Letakkan kek atas wire rack dan alas bawahnya dengan loyang yang besar. Coklat yang berlebihan akan jatuh dan ia boleh digunakan semula.

2. Tuang ganache di tengah-tengah kek. Biarkan ia merebak dan rata dipermukaan kek. Bila dah rata tuang pula di sekeliling kek, dibahagian penjuru supaya semua bahagian kek rata dengan coklat ganache. Jangan guna spatula untuk ratakan permukaan kek cuma perlu angkat wire rack tu dan sendengkan kiri & kanan supaya permukaan kek rata dengan coklat ganache. 

3. Biarkan kek sejat.

4. Bolehlah deco mengikut kreativiti masing-masing...hehe

Selamat Mencuba!

Info: K.Ita (Masam Manis)



~Cara untuk potong kek~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali nak share cara terbaik nak potong kek agar sama tinggi dan rata...hope dapat bantu sesiapa yang masih tercari-cara kaedah yang terbaik nak potong kek sebelum disapukan krim...


Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan:-

1. Menggunakan alat khas untuk memotong

2. Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi

3. Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau

4. Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek (anggaran 1 inci) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat

Selamat Mencuba!!

Info: K.Ita (Masam Manis)

~Contoh bunga di Farisa Cake House~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Hari demi hari, dah pertengahan bulan 3 pun...huh, masa cepat berlalu...hari ni share beberapa jenis bunga yang berjaya dipelajari daripada internet bagi memeriahkan lagi deco kek untuk next order...kene sentiasa belajar teknik baru sebab pelanggan nak deco yang meriah...selain guna bunga gum paste, kene juga tahu guna bunga buttercream...ingtkan susah nak buat, tp alhamdulillah senang je...ni hasilnya...

 Bachelor Button
  Bachelor Button
Carnation
Carnation

Bell
Bell
 Sunflower
 Sunflower

Tutorial nak buat bunga ni nanti saya update ye...tungguuuu....hehehe...

~Thank you~Smile~