Thursday, June 20, 2013

~~Pertemuan kembali kepada Pecipta kita~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Selamat pagi semua. Hari ni 20/6/2013(Rabu), tergerak dihati nak update blog selepas sekian lama tak menulis kat sini. Semalam dapat berita pemergian kenalan yang boleh dipanggil abang. Yes, suami kepada seorang kakak yang baik kepada aku. Tergamam seketika dan kepala terus terfikir mengenai anak-anaknya. Ya Allah, arwah ada 2 orang anak yang masih kecil. Semalaman terfikir mengenai kenangan silam ibu saudara yang kehilangan suami dan membesarkan 4 orang putera & puteri terus bermain di minda. Di saat ni, adik-beradik la kene mainkan peranan. Kene bagi kekuatan pada si ibu. Perkara yang sangat di takuti oleh semua wanita, kehilangan suami dan pemimpin keluarga. Ya Allah, sangat kuat dugaan-Mu ini, dengan mengambil insan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Tapi kita sebagai manusia yang beriman dan beragama kene ingat, Allah SWT tidak akan bagi kita dugaan melainkan dugaan itu bersesuaian dengan kemampuan kita. Memang beliau kehilangan ketua keluarga untuk bergantung harap, tapi beliau masih ada ALLAH SWT yang sentiasa ada untuk kita harapkan. Semua orang takut kehilangan, tapi sebagai manusia biasa kita pasti kehilangan ia jua. Hanya yang kekal ialah ALLAH SWT. 
Pesanan untuk semua yang masih ayah & ibu, bersyukurlah. Tak semua antara kita bernasib baik masih dapat mencium ayah & ibu. Hargai pengorbanan mereka. Kadang-kadang memang kita ada perasaan marah pada apa yang ibu bapa buat pada kita, tapi ingt la mereka buat semua tu untuk kebaikan kita. Sebagai anak, cuba la berfikiran positif. Sekarang ni la kita nak dengar dorang berleter. Kalau mereka dah tiada, tak ade la nak dengar dah. 

Alhamdulillah dan Salam Takziah kepada Kak.Fifah dan anak-anak. Semoga beliau kuat mengharungi dugaan ini. In shaa Allah, dalam kepahitan tu, pasti ada kemanisannya. Kita hanya boleh berusaha, tapi yang menentukannya hanyalah Allah SWT. 

Kun Fayakun

No comments:

Post a Comment