Assalamualaikum
&
Selamat Petang
Walaupon dah terlambat, tapi nak juga update pasal cheeskut my hubby buat ni...balik je keje, terus cakap "kita buat cheeskut nak?'...hehe, tapi bukan hari ni sebab barang tak cukup...so, operasi ditangguhkan ke hari jumaat sebab hubby ambik cuti sebab nak rest kat rumah...as usual, sebelum mem'baking', kene tidokan anak syurga ummi ni...sebab nanti semua bende die nak pegang...kali ni nak update step by step cara buat cheesekut...entry dah siap tulis, just nak copypaste je...sebab tu laju je...bagi sape yang yang try, boleh la sangat sebab ia teramat la senang....tak payah risau kek bantat la, kek hangus la, kek tu la, kek ini la...sure menjadi la..tapi kene mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim (wajib baca ye)
Bahan-bahannya:-
*Biskut cream cracker - sebungkus
*Cream cheese - 250gm (lagi banyak, lagi sedap)
*susu pekat manis - 1 tin (kalau xsuka manis, kurangkan)
*susu segar (saya pakai susu tepung & cairkan dengan air masak)
*Nestum
*jem rozell(uptional-nak pakai yg lain pon boleh)
Cara-caranya:-
1. pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga cream cheese tak berketul dan sebati macam gambar kat bawah ni yer..dah siap, ketepikan
2. Ambil biskut cream cracker, rendam dengan susu segar...prooses ni untuk lembutkan cream cracker tadi dan rasa kek jadi makin berlemak sebab kita rendam dengan susu..sedapnye...hehe
3. Sediakan loyang saiz 4 segi...saya pakai saiz 8"x8" je...sebab tak ramai yang makan pon...hubby alas loyang dengan kertas timah sebab nanti dah keras, kek senang nak angkat(pandai la abg ni)...Ambik biskut yang dah sedikit kembang tadi dan susun cantik2 dan rapat2...yang ni ikut kreativiti masing2 yer..cik abg saya buat macam dalam gambar tu..
4.dah siap susun sampai penuh 1 permukaan loyang tu, ambik adunan cheese tadi dan letak sampai menutupi keseluruhan permukaan...
5. Cik abg suka masam2...so, die suggested kat saya nak masukkan jem rozell....just letak je atas cheese tadi ikut banyak mane yang u all suka...saya tak suka masam sgt, so buat la muka cute pujuk hubby jangan letak banyak2 jem rozell tu...hehe...
6. Sterusnya, taburkan nestum atas permukaan adunan tadi hingga menutupi permukaan....ulang step 1 hingga 5 hingga adunan habis...dah siap, inilah hasilnya..
7. masukkan dalam peti ais dan tunggu sekurangnya 1/2 hari or lebih...kene bagi betul2 keras dan sejuk...baru la sedap di masukkan dalam perut...hehe
Dah siap semuanya, potong dan makan bersama keluarga....ni la kudapan kami malam jumaat tu sambil tgk movie..hehe...thanks abg, sebab buatkan cheeskut yg sodap bonar ni....lain kali buat lagi yer...selamat mencuba...dah cuba, up la gambar kat komen...saya nak tgk version u all pulak..