Thursday, June 20, 2013

~~Happy Birthday Cupcake~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
selamat malam. Kali ni nak update cupcake untuk birthday kawan Cik Paizah. Hehe..Cik Paizah tak kesah nak warna apa. Dia just requested nak deco fondant untuk 6 biji cupcake dan selebihnya deco buttercream biasa sahaja. So, bila buka bekas fondant warna yang terlintas dalam kepala masa tu ialah oren & hijau. Warna cerah ni menaikkan mood gembira. Hope beliau suka la gabungan warna ni. Bermula la menguli fondant warna oren dan hijau. Selesai uli dan bentukkan deco, masa untuk hias cupcake yang dah tunggu lama tu. Opssss.....terlupa pula. Cupcake yang diminta ialah chocolate moist ye. Hehehehe...Akhir sekali, time to snap picture pula...




6's fondant chocolate moist cupcake deco

Siap je deco, ape lagi....bungkus masuk kotak. Hehehe...



Tempahan semua 16 biji chocolate moist cupcake..So, balance lagi 10 biji ni Cik Paizah nak deco biasa je guna buttercream. So, saya buat deco bunga dan dedaun la. Yang kecil-kecil tu special give untuk orang kat rumah. Alhamdulillah rezeki hari ni berlebih. 



Siap semua cupcake lepas lunch. Tunggu Cik Paizah datang ambil lepas dia habis kerja pukul 5 petang nanti. Alhamdulillah selesai. 

Thanks for your support

~Smile~

~~Choc cheesecake & choc moist freshcream cake order by AA Associate~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Awal bulan yang lepas, AA Associates ade tempah 2 jenis kek untuk celebrate birthday bos dorang, En.Halim. Surprise dorang cakap. Alhamdulillah kek dapat disiapkan walaupun order last minit. Kek yang pertama ni kek keju coklat. Kat atas kek ni saya guna coklat hitam dan putih yang diparut untuk gantikan blueberry yang dah kehabisan dalam ice box tu. Order last minit, so mohon maaf sangat-sangat atas kekurangan yer. kek ni 10" dan berat 1.3kg++. So, inilah hasilnya...





Chocolate cheesecake

Untuk kek ke-2 pula, dorang order chocolate moist cake freshcream. Permintaan oleh semua staff, kek 12" dan nak guna fresh cream. Berat kek ni 2.5kg++. Lepas deco, ni la hasilnya..




Chocolate moist cake fresh cream

Alhamdulillah dapat juga siapkan kedua-dua kek. Kek ni berjaya dihantar ke ofis jam 12.30 tengahari. Selamat menjamu selera kepada semua staff dan selamat hari jadi En. Halim. Semoga terus success dalam peniagaan dan juga kehidupan. 

Thanks for your supports

~Smile~




~~2 set cupcake daripada Fahin~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Bulan lepas, 1/5/2013 kawan adik, Fahin ade order cupcake. Dia nak 2 set.1 set(12 biji) perasa coklat moist cupcake dengan buttercream dan lagi 1 set(12 biji) pula red velvet dengan creamcheese frosting. Warna tema putih dan merah. Fahin minta deco yang simple je. Yang penting, maksud yang tersirat dapat disampaikan. Hehe...yela tu dik..Ni hasilnya cupcake yang dah siap di buat khas untuk Fahin yang comey tomey ni.









Tema nak warna merah dan putih. Deco pon nak yang sweet untuk special katanya. Ok, so banyak la love yer. 
Siap semua, ape tunggu lagi bungkus la. Fahin nak pick-up petang nanti. Sebelum ambik kene masukkan dalam ice box sebab creamcheese frosting cair kalau duduk lama kat luar. Lepas susun, cupcake nak bergambar lagi. Hehehe




Alhamdulillah siap juga Fahin punya cupcake. Puas main jerit-jerit dengan anak-anak. Macam-macam janji saya taburkan semata-mata nak bagi dorg semua jangan kacau. Kesian anak athe yer. 

Anda berminat? Harga berubah mengikut jenis kek, deco dan juga krim yang diminta. Kuantiti untuk setiap  set boleh dipilih antara 6's, 12's, 16's atau 25's untuk kotak khas. Jika lebih daripada tu, boleh guna kotak lain. Sebarang pertanyaan boleh call or sms 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your support

~Smile~

~~Pertunangan Farid & Ika (Kek pelangi+buttercream)~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Majlis pertunangan lagi. Yuhuuuuu selamat bertunang Farid & Ika. Majlis ni bulan 5 baru-baru ni. Sory lambat update. Lepas berbincang dengan Makcik Sapiah(Ummi Farid), Makcik Sapiah setuju nak buat kek pelangi buttercream dan deco bunga-bunga. Warna tema hijau muda dan putih. Bagi tak nak buttercream ni muak bila dimakan, saya tambahkan perasa lemon sikit. So, takde la terasa macam makan cream sangat. Saiz kek 9" dan berat 1.5kg++. Agak berat la sebab kek pelangi untuk adunan saya ni memang lain dari lain. Hehehe.. Ini lah hasilnya ye..






Kek pelangi with buttercream

Makcik Sapiah requested nak masukkan dalam bekas yang cantik dan nak terus letak atas dulang lepas ambik. So, saya masukkan kek dalam kotak jernih dan siap ikatkan ribbon atasnya. Kalau nak tambah hiasan pada kotak tu pon boleh juga. Tapi semuanya dah cantik kalau terus je letak atas dulang. 



Ok, kek dah sedia nak kene angkut balik rumah kenduri. Makcik Sapiah requested nak buttercream sebab dia kata ice box kat rumah tak muat nak isi kek. So, buttercream or fondant adalah yang paling sesuai. Saya ikut pada budget pelanggan. Kalau nak fondant tapi nak harga kurang sikit, saya tak adelah masukkan kek dalam kotak jernih. Saya pakai kotak biasa je. Tak pon, pelanggan boleh juga gunakan hiasan fondant tapi masih gunakan buttercream. Harganya pon tak adelah mahal sangat. Tempahan akan berubah mengikut permintaan pelanggan. 

Selamat bertunang sekali lagi kepada Farid & Ika. Semoga selamat mendirikan masjid dan terus bercinta hingga ke syurga. Jika anda berminat, boleh call or sms saya di 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your supports

~Smile~

~~Choc chip walnut cookies & Oatmeal cookies untuk majlis akikah Adibah~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Sorry update lambat. Laptop buat hal dan menyebab diri ini malas nak update blog. Hehe..bulan lepas, akak ade buat majlis akikah untuk anak sulung dia, thats mean my 3rd doughter la, Nurul Adibah Awatif. Kakak request nak letak dalam goodies bag untuk bagi pada tetamu yang datang. So, terus terfikir nak buat cookies atau nama lainnya biskut yang rangup. Hehe...Dalam perancangan nak buat 3 jenis, tapi disebabkan anak-anak yang penuh bermain dikeliling time buat ni, jadi malas pulak. Knag tak pasal ade yang tersengat oven pulak. So, yang telah terhasil, 2 jenis je iaitu Choc chip walnut cookies dan oatmeal cookies.

Dalam choc chip walnut cookies ni saya masukkan choc chip dan juga kekacang. So, rasanya makin bertambah yummy la jadinya. First try sebelum ni, tak berape jadi sebab masih baru dalam pembuatan biskut ni. Tapi kali ni, alhamdulillah menjadi dengan jayanya. 


Choc chip walnut cookies

Untuk biskut ke-2 pula, saya buat oatmeal cookies yang dlmnya saya masukkan oatmeal. Sesuai dengan sesiapa yang ingin kurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Biskut sihat la orang kata. 


Oatmeal Cookies

Di sebabkan biskut ni untuk goodies bag, so kene la di pack macam ni. Kalau nak pack cara lain pon boleh. Contohnya masukkan dalam balang kaca kecil pon boleh juga.


Kalau nak masukkan dalam bekas yg lagi simple pon boleh. Contohnya seperti:-


Bilangan biskut dalam setiap pack terpulang pada anda. Harga boleh dibincangkn lagi banyak tempahan, lagi murah la harganya. Jika anda berminat, boleh call or sms saya di 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your supports.

~Smile~

~~Pertemuan kembali kepada Pecipta kita~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Selamat pagi semua. Hari ni 20/6/2013(Rabu), tergerak dihati nak update blog selepas sekian lama tak menulis kat sini. Semalam dapat berita pemergian kenalan yang boleh dipanggil abang. Yes, suami kepada seorang kakak yang baik kepada aku. Tergamam seketika dan kepala terus terfikir mengenai anak-anaknya. Ya Allah, arwah ada 2 orang anak yang masih kecil. Semalaman terfikir mengenai kenangan silam ibu saudara yang kehilangan suami dan membesarkan 4 orang putera & puteri terus bermain di minda. Di saat ni, adik-beradik la kene mainkan peranan. Kene bagi kekuatan pada si ibu. Perkara yang sangat di takuti oleh semua wanita, kehilangan suami dan pemimpin keluarga. Ya Allah, sangat kuat dugaan-Mu ini, dengan mengambil insan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Tapi kita sebagai manusia yang beriman dan beragama kene ingat, Allah SWT tidak akan bagi kita dugaan melainkan dugaan itu bersesuaian dengan kemampuan kita. Memang beliau kehilangan ketua keluarga untuk bergantung harap, tapi beliau masih ada ALLAH SWT yang sentiasa ada untuk kita harapkan. Semua orang takut kehilangan, tapi sebagai manusia biasa kita pasti kehilangan ia jua. Hanya yang kekal ialah ALLAH SWT. 
Pesanan untuk semua yang masih ayah & ibu, bersyukurlah. Tak semua antara kita bernasib baik masih dapat mencium ayah & ibu. Hargai pengorbanan mereka. Kadang-kadang memang kita ada perasaan marah pada apa yang ibu bapa buat pada kita, tapi ingt la mereka buat semua tu untuk kebaikan kita. Sebagai anak, cuba la berfikiran positif. Sekarang ni la kita nak dengar dorang berleter. Kalau mereka dah tiada, tak ade la nak dengar dah. 

Alhamdulillah dan Salam Takziah kepada Kak.Fifah dan anak-anak. Semoga beliau kuat mengharungi dugaan ini. In shaa Allah, dalam kepahitan tu, pasti ada kemanisannya. Kita hanya boleh berusaha, tapi yang menentukannya hanyalah Allah SWT. 

Kun Fayakun