Friday, February 22, 2013

~~Buttercream vs Fresh Cream vs Cream Cheese~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry hari ni nak cerita tentang cream. Bile pelanggan makan kek chocolate indulgance saya, mereka akan tanya, krim apa ni?tak muak la, sedap je. Jawapannya, saya guna chocolate mousse iaitu campuran krim tenusu yang diputar kental dan tambah dengan coklat masak, butter & telur. So, hasilnya jadi la krim yg sangat tak muak. Rasa puas hati bila pelanggan puas hati.
Ok, berbalik pada entry hari ni, pasal krim kek. Apa bezanya buttercream, fresh cream & cream cheese@ krim keju?

Buttercream @ krim mentega
Krim ni memang biasa digunakan nak buat topping kek. Krim ni sesuai untuk semua jenis kek dan boleh juga guna nak buat deco pada cupcake. Antara ketiga-tiga krim ni, krim yang paling cantik untuk deco, sudah semestinya krim mentega ni la. Krim ni lebih kental Ni ada saya kepilkan resipi krim mentega yang k.zura@Baking Loves ajar:-

Buttercream (Untuk sapuan kek)
Bahan: 100g air gula, 200g krimwell & 100g shortening
Cara:
1. Buat air gula: 100g air & 200g gula masak dengan api perlahan sehingga pekat & sejukkan
2. masukkan air gula dalam mixer, kacau
3. masukkan krimwell @ shortening dan kacau hingga kembang & bertanduk
4. masukkan perasa vanilla/ oren untuk sedapkan rasa

Tapi u all kene ingat tau, kalau nak buat deco kek, much better pakai resipi ni sebab resipi diatas kurang cantik kalau nak buat deco. Check it out:-

Buttercream (Untuk deco kek)
Bahan: 200g shortening, 300g icing sugar (di ayak) & 1 tbsp perisa vanilla/ oren
Cara: Campurkan semua bahan & pukul sampai kembang dengan kelajuan sederhana

Fresh Cream
Fresh cream ni sangat senang nak buat. Kita just guna whipping cream. Tapi u all kene hati-hati sebab whipping cream ada 2 jenis
1. Dairy Whipping cream @ krim tenusu
* Biasanya guna jenama Anchor
2. Non-Dairy Whipping cream @ krim bukan tenusu
*Banyak brand boleh dapat kat kedai kek. Contohnya Rich's, Value Pride & Vivo
Yang bestnya kalau buat fresh cream ni sebab krim ni sangat senang. U all just kene pastikan masa nak putarkan whipping cream ni, mesti dalam keadaan sejuk. Lagi bagus kalau pekakas nak gunakan pun mesti la sejuk iaitu dibuat daripada besi(mixer besi) sebab lagi lama u all dapat kekalkan suhu whipping cream ni, lagi cepat whipping cream ni kental & bertanduk. Krim ni tak muak kalau nak bandingkan dengan buttercream. Senang cite sedap la. Hehe..

Krim Keju @ Cream cheese
Krim keju ni sedap gak. Kalau nak bagi ranking, krim ni ranking no 1 la. No 2, fresh cream and lastly buttercream. Itu hanya pandangan saya. Tak tahu la u all. So, kene la try sendiri baru tahu mane yang sedap. Krim keju ni sedap sebab ia di buat daripada cheese. Ni saya sertakan resipi cream cheese frosting:-
Bahan: 500g cream cheese, 120g gula aising, 200g butter, & 1 tspn lemon oil
Cara: masukkan semua bahan & pukul hingga kembang
Biasanya krim keju ni sedap dengan red velvet, kek lobak, brownies & kek pelangi. Tapi ada je pelnggan yang nak try dengan kek lain. Boleh je. So, kepada semua yang masih tertanya apakah krim2 ni, harap dapat menjawab persoalan anda. 

-Thank You-



6 comments:

  1. Kalau utk frosting tahan lama yg nna lagi ok

    ReplyDelete
  2. Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye ��

    ReplyDelete
  3. klu nak buat tulisan cream apa yg sesuai

    ReplyDelete
  4. Kalau nk buat victoria sandwich cake guna cream cheese,sponge kek coklat dgn fresh strawberry, agak2 sedap ke? Biasa budget berapa tu untuk 1 kg kek

    ReplyDelete
  5. Kalau lemon oil tu tukar ke perahan buah lemon boleh Tak?

    ReplyDelete