Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

~~~ChEeSkUt aBg~~~

Assalamualaikum
&
Selamat Petang

Walaupon dah terlambat, tapi nak juga update pasal cheeskut my hubby buat ni...balik je keje, terus cakap "kita buat cheeskut nak?'...hehe, tapi bukan hari ni sebab barang tak cukup...so, operasi ditangguhkan ke hari jumaat sebab hubby ambik cuti sebab nak rest kat rumah...as usual, sebelum mem'baking', kene tidokan anak syurga ummi ni...sebab nanti semua bende die nak pegang...kali ni nak update step by step cara buat cheesekut...entry dah siap tulis, just nak copypaste je...sebab tu laju je...bagi sape yang yang try, boleh la sangat sebab ia teramat la senang....tak payah risau kek bantat la, kek hangus la, kek tu la, kek ini la...sure menjadi la..tapi kene mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim (wajib baca ye)

Bahan-bahannya:-
*Biskut cream cracker - sebungkus
*Cream cheese - 250gm (lagi banyak, lagi sedap)
*susu pekat manis - 1 tin (kalau xsuka manis, kurangkan)
*susu segar (saya pakai susu tepung & cairkan dengan air masak)
*Nestum 
*jem rozell(uptional-nak pakai yg lain pon boleh)

Cara-caranya:-

1. pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga cream cheese tak berketul dan sebati macam gambar kat bawah ni yer..dah siap, ketepikan


2. Ambil biskut cream cracker, rendam dengan susu segar...prooses ni untuk lembutkan cream cracker tadi dan rasa kek jadi makin berlemak sebab kita rendam dengan susu..sedapnye...hehe


3. Sediakan loyang saiz 4 segi...saya pakai saiz 8"x8" je...sebab tak ramai yang makan pon...hubby alas loyang dengan kertas timah sebab nanti dah keras, kek senang nak angkat(pandai la abg ni)...Ambik biskut yang dah sedikit kembang tadi dan susun cantik2 dan rapat2...yang ni ikut kreativiti masing2 yer..cik abg saya buat macam dalam gambar tu..


4.dah siap susun sampai penuh 1 permukaan loyang tu, ambik adunan cheese tadi dan letak sampai menutupi keseluruhan permukaan...


5. Cik abg suka masam2...so, die suggested kat saya nak masukkan jem rozell....just letak je atas cheese tadi ikut banyak mane yang u all suka...saya tak suka masam sgt, so buat la muka cute pujuk hubby jangan letak banyak2 jem rozell tu...hehe...


6. Sterusnya, taburkan nestum atas permukaan adunan tadi hingga menutupi permukaan....ulang step 1 hingga 5 hingga adunan habis...dah siap, inilah hasilnya..


7. masukkan dalam peti ais dan tunggu sekurangnya 1/2 hari or lebih...kene bagi betul2 keras dan sejuk...baru la sedap di masukkan dalam perut...hehe



Dah siap semuanya, potong dan makan bersama keluarga....ni la kudapan kami malam jumaat tu sambil tgk movie..hehe...thanks abg, sebab buatkan cheeskut yg sodap bonar ni....lain kali buat lagi yer...selamat mencuba...dah cuba, up la gambar kat komen...saya nak tgk version u all pulak..






Wednesday, October 9, 2013

~~~What happen 16 sept 2013??~~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~

Sangat lame tak update blog..what happen hah?..masih bernafas ke farisa cake house?..haha, masih bernafas la...disebabkan beberapa masalah yg malas nak layan, so malas nak buka my cute miut laptop ni...akhirnya malam ni baru nak update ape yang dah terjadi sejak dua menjak ni...hehe...entry kali saje je nak kasi gempak sikit....what happen 16 sept 2013???...that my e-day...akhirnya termeterai juga janji antara saya and awak ye...berkat doa semua insan tersayang, berkat doa mak abah yg sentiasa mengingatkan saya,'bersabar ude..perkara yang gembira akan awak rasa juga'...hehe, yes akhirnya...tak pernah terfikir pon nurul farhana ni akan bertunang...pakai cantik2, duduk tunggu bakal mak mertua masuk sarungkan cincin...haha...aku just imagined nanti terus kawin je sebab bukan farhana ni yang duduk sopan2 pakai baju cantik nak betunang...boleh dikatakn hampir 100% persiapan pertunangan diarahkan oleh my all big sister and little sister sambil di haru-birukan oleh anak2 tercinta...dari mane nak cite persiapan ni yer?..aku citer mula dari hantaran yer...as usual, hantaran kami 9 berbalas 7...ape lagi mestilah ada sirih junjung, bunga telur, bunga rampai, coklat(ditaja khas k.ipar tercinta), kek(buat sendiri yer), baju, persalinan solat,kuih and buah-buahan...macam biase je, xde ape yg bezanye..tema color pink yg dah nak ke ungu dah..disebabkan pada mulanya banyak sgt masa nak buat(2 minggu je pon, tapi terlebih rajin nak buat sendiri) so decided nak buat bunga tisu sendiri...senang je buat bunga tu, tapi kene la pegi cari kertas tisu tu and others la...buat la byk2.....tadaaa, ni la hasilnya...






siap semua, ape lagi nak buat yer???...nasib baik la ade adik2 ingtkan...pegila mencari baju and persalinan solat...dapat je, balik terus gubah...agak lambat juga la nak siapkan semua sebab malam buat hantaran, siang pegi jenguk nenek kat hospital...akhirnya, siap juga semua hantaran...ni la hasilnya...



tinggal 3 hari lagi nak kenduri...ape lagi, bermula la kayuh laju2 nak siapkan goodies bag pula...yg ni nak buat tak banyak...just untuk org2 tua and pihak laki je(mane terdaya je)...habis aku halaukan anak2 pegi hospital main dengan pakcik2 dorang supaya boleh fokus nak siapkan cepat2...Alhamdulillah, siap juga semuanya...simple goodies bag, kek marble dan air kotak...packing siap2 and susun dalam bilik...siap 1 hal, terus tutup buku...ni la hasilnya...tadaaaa..







last day before kenduri, siapkan mane tak siapkan lagi...bunga telur...hiris bunga rampai...sirih junjung....pegi ambik kuih bingka and lastly please la jangan lupa, cheese cake yg telah dibuat khas untuk en.tunang(suka sgt cheese cake yer)...dapur dah penuh dengan aktiviti masak-memasak...so, buat deco kat dlam bilik la akhirnya...uli fondant dalam bilik...assistant ramai sangat dalam bilik ni...anak2 semua nak join uli fondant...buat banyak dah, tapi kene bahagikan sorg sikit...kang melalak pulak anak2 i ni(i sayang sgt u all ni..layankan aje)...sentuhan terakhir siap juga...tadaaaa...






siap semua hantaran...ok skrg nak cite pasal baju nak pakai esok...lupe pulak nak citer kisah excited adik2, anak2 and kakak2 aku ni time baru tau aku nak betunang...semua excited sgt2...time tu juga meeting nak pakai baju ape, color ape and paling kelakar, color tema dorg yg tetapkan...i ikutkan je, asalkan u all happy...akak siap call hubby die minta nak balik awal seminggu nak tolong mane yg patut(terbaik la my sis ni)...anak2 siap ade baju kembang color kelabu+pink...adik-beradik semua nak pakai baju sedondon...huwaaaa, terharunya i tengok semua semangat nak tgk i betunang...baju aku pula telah ditaja khas oleh isha amida fashion(akak aku la)...haha, juat highlight sikit2 je sebab xnak nampak sarat sangat(betunang je pon, kelakar bila fikirkan aku pakai macam ni...rase macam nak pakai baju kurung je)...ok, ni la hasil melaram semua anak2, kakak2 and adik2 aku hari bertunang tu...thanks sebab bagi idea and tegur mane yg i pon xtau...

~safiya~damia~adibah~

~adik~k.ila~ateh

~ateh~adik~me~adibah~akak~adib~

~family~

akhirnya, i'm engaged...dah reserved untuk someone else...Alhamdulillah semua bejalan dengan lancar...ramai tetamu yg datang and aku pecaya setiap tetamu yg datang ke majlis aku tu ibarat mendoakan kebahagiaan aku....so, thanks a lot...ape yang aku boleh buat sekarang ialah mohon doa semua agar kami terus bercinta hingga ke syurga...Amin...

~~Allah swt mencipta cinta antara kita~~


Thursday, June 20, 2013

~~Pertemuan kembali kepada Pecipta kita~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Selamat pagi semua. Hari ni 20/6/2013(Rabu), tergerak dihati nak update blog selepas sekian lama tak menulis kat sini. Semalam dapat berita pemergian kenalan yang boleh dipanggil abang. Yes, suami kepada seorang kakak yang baik kepada aku. Tergamam seketika dan kepala terus terfikir mengenai anak-anaknya. Ya Allah, arwah ada 2 orang anak yang masih kecil. Semalaman terfikir mengenai kenangan silam ibu saudara yang kehilangan suami dan membesarkan 4 orang putera & puteri terus bermain di minda. Di saat ni, adik-beradik la kene mainkan peranan. Kene bagi kekuatan pada si ibu. Perkara yang sangat di takuti oleh semua wanita, kehilangan suami dan pemimpin keluarga. Ya Allah, sangat kuat dugaan-Mu ini, dengan mengambil insan yang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Tapi kita sebagai manusia yang beriman dan beragama kene ingat, Allah SWT tidak akan bagi kita dugaan melainkan dugaan itu bersesuaian dengan kemampuan kita. Memang beliau kehilangan ketua keluarga untuk bergantung harap, tapi beliau masih ada ALLAH SWT yang sentiasa ada untuk kita harapkan. Semua orang takut kehilangan, tapi sebagai manusia biasa kita pasti kehilangan ia jua. Hanya yang kekal ialah ALLAH SWT. 
Pesanan untuk semua yang masih ayah & ibu, bersyukurlah. Tak semua antara kita bernasib baik masih dapat mencium ayah & ibu. Hargai pengorbanan mereka. Kadang-kadang memang kita ada perasaan marah pada apa yang ibu bapa buat pada kita, tapi ingt la mereka buat semua tu untuk kebaikan kita. Sebagai anak, cuba la berfikiran positif. Sekarang ni la kita nak dengar dorang berleter. Kalau mereka dah tiada, tak ade la nak dengar dah. 

Alhamdulillah dan Salam Takziah kepada Kak.Fifah dan anak-anak. Semoga beliau kuat mengharungi dugaan ini. In shaa Allah, dalam kepahitan tu, pasti ada kemanisannya. Kita hanya boleh berusaha, tapi yang menentukannya hanyalah Allah SWT. 

Kun Fayakun

Tuesday, May 21, 2013

~~Dah lame tak update blog~~

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
~~~~~
Sedar tak sedar, dah sebulan tak update blog ni...huwaaaa...ape dah jadi ni tuan tanah??...kemalasan duduk depan laptop tu la sebabnye blog tak update...ditambah dengan percutian selama seminggu dan juga kenduri...kenduri akikah ye, bukan kenduri lain....hahaha...after 2 month resigned & secara langsung stop travel, rase puas dapat travel seminggu....dari melaka>>k.perlis>>padang besar>>pulau langkawi>>cameron highland>>shah alam>>puchong>>serting n9>>melaka....alhamdulillah semuanya selamat....sekarang fokus pada cari keje dan baking...bila duduk sorg, terfikir "byk dah bende jadi dalam sebulan ni ye", kuasa Tuhan tak sape pon boleh menghalang-kun fayakun-...but, i'm happy....thanks pada semua yang membantu...dah melalut masuk bab lain dah ni....to all, saya akan update nanti ye last order 2 minggu lepas sebelum percutian yang lepas...anyone yang nak order, please call/sms me at 013-4142692....tempahan sentiasa buka...untuk kek wedding, anda boleh tempah tarikh yer...lagi awal lagi bagus, saya boleh fikir yang terbaik untuk anda semua....hehe...

*Mood sangat happy...anda happy?....semua orang akan merasa kegembiraan, ape yang penting sabar....Janji Allah SWT itu pasti..

Saturday, January 26, 2013

Dari hobi ke bisnes kecil-kecilan

Assalamualaikum
~~~~~
Hari ni nak ambil sikit masa sebelum kawan2 dari penang sampai melaka. Saya nak post pasal dulu hobi, sekarang nak jadi bisness. Sekarang tengah semangat nak start my new bisness. Dah lame nak buat ni, tapi sekarang baru nak start. Belajar sikit2 dari orang sekeliling dan dengan usaha try & error, akhirnya kuatkan hati nak start bisness ni. Thanks to my family yang sentiasa menyokong, dan xjemu makan setiap kali saya masak. Bak kata mak, masak ni jangan jemu. Thanks mak, minat dah lame ada tapi sekarang baru nak buat. Hope lepas ni, ade sokongan dari semua. InsyaAllah, rezeki tu ade dimana-mana. Yang penting, mulakan dengan niat yang betul. Tunggu post yang selanjutnya yer...smile!!!!

Kedai kek Fun Bake di Taman Merdeka, Melaka

Assalamualaikum
~~~~~
Post kali ni nak share tempat nak beli barang buat kek. Semalam ade la add sorg akak ni dalam FB. Alhamdullillah akak ni sangat positive. Siap ajarkan camne nak pegi kedai ni. Thanks k.laili. Biasanya beli barang kek di Kinghin Bakery (Belakang Jakel bukit piatu) tapi kali ni nak tukar angin sebab kedai tu xde byk pilihan whipping cream. Kedai di melaka raya pula, sangat susah cari parking. Kedai di bukit cina, tempat biase kene saman. Huhu, kang xpasal kene saman. Kedai yang baru jumpa ni di Taman Merdeka, lebih kurang 200m dari cowbow malim. Nama kedai ni Fun Bake. Extra best kedai ni, pekerja semua sporting. Siap bagi nasihat camne nak pakai barang2 kek ni. Lagi superb, time azan zuhur, dengan bangganya radio dikuatkan (kedai cina ni tau). Alhamdulillah. So, matlamat nak cari kedai baru beli barang kek, success.

Wednesday, January 23, 2013

Ajari aku

Assalamualaikum
~~~~~~
Sekarang still lagi time keje, tapi dah tak tau nak buat ape sebab semua keje dah siap. Bile nak baca surat khabar, ternampak pula muka Anuar Zain. Tiba-tiba teringat lagu Ajari aku. Apa lagi buka youtube la, layan lagu jap. First time dengar lagu ni, sangat mengentuh hati sebab saya ni suka hayati lirik lagu. Lagu Anuar Zain ni sangat best. Dengar banyak kali pon, still rasa sayu. Tapi saya tak suka tengok video klip lagu ni sebab bagi saya lirik ni lagi perfect kalau kita bayangkan dari aspek keagamaan bukannya cinta antara manusia. Ni link video di Youtube. Enjoy!!!


~~Lunch Time with Kek Puding Karemel~~


Assalamualaikum.... 
Lunch time skrg ni. So, ambil sikit masa nak baiki blog ni. As usual, time macam ni la nak belek-belek blog orang lain. Sudah semestinya cari blog yang ajar camne nak buat kek dan tip-tip berguna nak improve skill buat kek. Dah lame sangat nak belajar buat pastry ni, tapi atas kekangan masa dan semangat tak kuat nak mulakan, so buat tak tau je. Tapi akhirnya decided nak join class kek k.Azura ni. In Shaa Allah dengan izin Allah s.w.t, akan move selangkah lagi. So, ni antara kek yang saya dapat hari ni. Enjoy yer...Selamat lunch...
Kek Puding Karamel