Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Majlis pertunangan lagi. Yuhuuuuu selamat bertunang Farid & Ika. Majlis ni bulan 5 baru-baru ni. Sory lambat update. Lepas berbincang dengan Makcik Sapiah(Ummi Farid), Makcik Sapiah setuju nak buat kek pelangi buttercream dan deco bunga-bunga. Warna tema hijau muda dan putih. Bagi tak nak buttercream ni muak bila dimakan, saya tambahkan perasa lemon sikit. So, takde la terasa macam makan cream sangat. Saiz kek 9" dan berat 1.5kg++. Agak berat la sebab kek pelangi untuk adunan saya ni memang lain dari lain. Hehehe.. Ini lah hasilnya ye..
Makcik Sapiah requested nak masukkan dalam bekas yang cantik dan nak terus letak atas dulang lepas ambik. So, saya masukkan kek dalam kotak jernih dan siap ikatkan ribbon atasnya. Kalau nak tambah hiasan pada kotak tu pon boleh juga. Tapi semuanya dah cantik kalau terus je letak atas dulang.
Ok, kek dah sedia nak kene angkut balik rumah kenduri. Makcik Sapiah requested nak buttercream sebab dia kata ice box kat rumah tak muat nak isi kek. So, buttercream or fondant adalah yang paling sesuai. Saya ikut pada budget pelanggan. Kalau nak fondant tapi nak harga kurang sikit, saya tak adelah masukkan kek dalam kotak jernih. Saya pakai kotak biasa je. Tak pon, pelanggan boleh juga gunakan hiasan fondant tapi masih gunakan buttercream. Harganya pon tak adelah mahal sangat. Tempahan akan berubah mengikut permintaan pelanggan.
Selamat bertunang sekali lagi kepada Farid & Ika. Semoga selamat mendirikan masjid dan terus bercinta hingga ke syurga. Jika anda berminat, boleh call or sms saya di 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com
Thanks for your supports
~Smile~
No comments:
Post a Comment