Tuesday, March 19, 2013

~Cara mengalihkan kek~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali ni nak share macamana nak alihkan kek yang sudah siap ke tempat lain...Sebab kadang ade je masalah yang berlaku last min sebelum kek selamat bertukar tangan ke empunya kek...haha...so, harap teknik ni dapat membantu ye...


Bagaimana nak mengalihkan kek yang telah diletakkan ganache ke atas lapik kek??

1. Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa di gunakan untuk mengangkat slive cake dan satu lagi yang kita gunakan untuk meratakan cream pada kek

2. Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang kita letak kek berganache tadi

3. Masukkan/ selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri

4. Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek

5. Ok....selesai...

Selamat Mencuba !!!

Info: K.Ita (Masam Manis)

No comments:

Post a Comment