Sunday, March 17, 2013

~Dragon Puding~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry malam ni nak share tentang dragon puding atau dengan nama lain puding naga...hahaha...pelik je bunyinye...Just nak share resepi & gambar puding ni...punya la semangat nak makan puding, tiba2 nampak ada buah naga atas meja...terus dapat idea nak buat puding buah naga...Ok, ni resepi macamana nak buat puding ni...let's try it out...

Bahan-bahan:-
Agar-agar (anggaran 11gm)
Telur - 2 biji
Susu cair - 1/2 cawan
Gula kasar - 1 cawan
Tepung Kastard - 3 sudu besar
Air - 4 cawan
Buah naga - 1 biji (sederhana besar)

Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar, gula dan air hingga agar-agar larut dan mendidih
2. Masukkan susu cair. Tunggu hingga mendidih
3. Dalam bekas lain, campurkan telur dan tepung kastard. Pastikan tidak berketul.
4. Campurkan campuran telur & tepung kastard tadi dalam bekas agar-agar tadi sambil kacau (kalau tak kacau, nanti berketul). Biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan dalam acuan (ikut suka nak bekas corak apa pun boleh). Taburkan buah naga yang sudah dipotong ke dalam acuan yang berisi adunan agar-agar tadi.
6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan selepas keras.


Dragon Puding

Try la yer...rasanya memang sedap...lebih-lebih lagi dalam cuaca sekarang ni yang agak panas...yummy...yummy...




No comments:

Post a Comment