Monday, March 18, 2013

~Senarai kek & Pastri di Farisa Cake House~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
SENARAI KEK & PASTRI -FARISA CAKE HOUSE-
1.       Cheese Tart
Filling: Blueberry / Strawberry
Saiz: 5.5cm

2.       Egg Tart
Saiz: 5.5cm

3.       Pavlova dengan  Whipping Cream & buah-buahan segar
Saiz: 8” & 9"
buah-buahan segar: Strawberry, kiwi, oren, mangga, anggur
*Tambahan harga bagi setiap lapis

4.       Mini Pavlova dengan Whipping Cream & buah-buahan segar
Saiz: 4”
buah-buahan segar: Strawberry, kiwi, oren, mangga, anggur

5.       Kek Lobak
Topping: Cream Cheese @ krim keju
Saiz: 8”, 9”

6.       Kek Span (Tanpa topping)
Pilihan perasa: Kiwi, Pandan, strawberry & mangga
Saiz: 8”, 9”

7.       Fudge Brownies dengan kekacang
Saiz: 10”
Pilihan kekacang: Hazel, Gajus, Badam, Biji matahari, Biji labu

8.   Red Velvet
Saiz: (8”@9", 2 layer cake, cream cheese)
*Pilihan topping: Buttercream & Fondant
*Tambahan harga jika mahu deco tambahan

9. Kek Chocolate Indulgance 
Filling:   layer 1-Mousse coklat hitam
               Layer2-Mousse coklat putih
Saiz: 8" @ 9"
Topping: Mousse coklat hitam & coklat ganache

10.   Kek harijadi
Pilihan kek: kek span(Boleh pilih perasa), kek shiffon(Boleh pilih perasa), kek coklat
(8”, Buttercream, 2 layer)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz & topping boleh ubah ikut tempahan

11.   Kek coklat putih macadamia
Saiz: (8”- Fresh Cream, 2 layer, kacang macadamia)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

12.   Kek Pelangi
Saiz: 8” (1kg++), 9”(1.5kg++)
Topping: Krim keju @ Buttercream
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

13.   Kek Pelangi (lembut macam kek span)
Saiz: 8” (700g++), 9”(1kg++)
Topping: Krim keju @ Buttercream
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

14.   Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju jepun
Saiz: 9”(1kg++)
Pilihan perasa: Blueberry, strawberry & Kiwi

15. Kek bola
Saiz: 8” (800g++), 9”(1.2kg++)
*Tambahan harga untuk gambar edible & deco tambahan
*Saiz boleh ubah ikut tempahan

16. Kek pelangi dengan deko Hello Kitty
Saiz: Mengikut permintaan pelanggan
Pilihan kek: span, coklat moist dan kek pelangi
*Tambahan harga untuk deko tambahan

17.   Cupcakes untuk Doorgift/ Pack individu
a)Cupcakes dengan Buttercream(hiasan ringkas)
b)Cupcakes dengan hiasan bunga rosette
c)Cupcakes dengan buttercream & bunga fondant 
d)Cupcakes dengan deko fondant 
e)Cupcakes dengan gambar 'edible'
*kek pilihan: Chocolate moist.
f)Cupcakes red velvet dengan krim keju @ creamcheese frosting
    *Tambahan harga untuk fondant topping

18.   Kek cawan kertas
Pilihan kek: Kek pisang, kek coklat, kek span(vanilla, oren, coklat,pandan)
*(Tempahan tidak kurang dari 400pcs. Jika lebih, harga boleh runding)
*Tambahan harga untuk dome casing & deco

19.   Bagi tempahan kek hantaran & kek majlis potong kek, pilihan jenis kek dan topping boleh dibincang mengikut budget masing-masing. Jika ada contoh gambar dan juga jenis kek yang tiada dalam senarai harga ini juga boleh dibincangkan kerana pilihan kek sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Perhatian:-
1.       Menerima tempahan untuk cupcake bagi hantaran & majlis hari jadi
2.       Menerima tempahan untuk berkat@buah tangan tetamu untuk majlis bertunang, kahwin dan sambutan harijadi.
3.       Sebarang tempahan, boleh email ke nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205/ farisafarhana.blogspot.com/ farisa farhana(FB)
4.       Juga menerima tempahan kek/cupcake/pastri mengikut permintaan walaupun tiada dalam senarai harga kerana tambahan jenis menu akan bertambah dari semasa ke semasa.
5.       Selamat menempah…Thank you…

Sunday, March 17, 2013

~Dragon Puding~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry malam ni nak share tentang dragon puding atau dengan nama lain puding naga...hahaha...pelik je bunyinye...Just nak share resepi & gambar puding ni...punya la semangat nak makan puding, tiba2 nampak ada buah naga atas meja...terus dapat idea nak buat puding buah naga...Ok, ni resepi macamana nak buat puding ni...let's try it out...

Bahan-bahan:-
Agar-agar (anggaran 11gm)
Telur - 2 biji
Susu cair - 1/2 cawan
Gula kasar - 1 cawan
Tepung Kastard - 3 sudu besar
Air - 4 cawan
Buah naga - 1 biji (sederhana besar)

Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar, gula dan air hingga agar-agar larut dan mendidih
2. Masukkan susu cair. Tunggu hingga mendidih
3. Dalam bekas lain, campurkan telur dan tepung kastard. Pastikan tidak berketul.
4. Campurkan campuran telur & tepung kastard tadi dalam bekas agar-agar tadi sambil kacau (kalau tak kacau, nanti berketul). Biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan dalam acuan (ikut suka nak bekas corak apa pun boleh). Taburkan buah naga yang sudah dipotong ke dalam acuan yang berisi adunan agar-agar tadi.
6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan selepas keras.


Dragon Puding

Try la yer...rasanya memang sedap...lebih-lebih lagi dalam cuaca sekarang ni yang agak panas...yummy...yummy...




Friday, March 15, 2013

~ Blueberry Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju ~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Update dan terus update...kadang-kadang ada terfikir juga nak letak resipi dalam blog ni...tapi sejujurnya masa belum mengizinkan...so, sape nak resipi boleh pm saya dan nak share sesuatu jika perasan kesalahan saya, boleh pm juga...sharing is caring yer kawan-kawan semua...setiap manusia mesti ada buat kesilapan...In Shaa ALLAH akan cari masa share something yang berfaedah dengan semua..
So, kali ni nak cerita sikit tentang cheesecake @ kek keju...selama ni bila buat kek keju, mesti bantat @ keras...sangat tension...dari masa ke masa, keep improve teknik dan banyak tanya kawan-kawan, akhirnya makin nampak dimana kesilapan tu...Alhamdulillah, ALLAH WBT nak suruh kita usaha, bukannya dok goyang kaki, buat sekali je terus pandai....hehe...million thanks to k.Laila sebab sabar layan soalan cepumas saya selama ni...
Nak dipendekkan cerita, malam semalam semangat nak try buat sekali lagi tiba-tiba dapat...pukul 10.30mlm baru nak mula...youtube kat phone hidup, buku dok jeling tengok resepi k.Laila...hahaha...Ini hasilnya...

Blueberry filling sebagai manisan atas kek keju


Blueberry Japanese Cotton Cheesecake @ kek keju Jepun

Ini la hasilnya...Alhamdulillah...

*Jika anda berminat, call me yer....019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~

~ Kek Bola ~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Salam Jumaat...hampir jam 11pg...cepat betul masa berlalu sekarang...Alhamdulillah masa sentiasa penuh dengan pelbagai aktiviti...Hari selasa Pn.Zaidah ada call nak tempah kek harijadi untuk pelajar Pra-sekolah...nak deco bola guna kek span dan buttercream...Saiz nak 9"...ok, input dah masuk kepala...dah dapat bayangkan camne nak buat...kek kene masak 2 kali iaitu 1 saiz 9", satu lagi 8.5" sebab nak dapatkan bentuk separa bulat tu...bayangkan bola di padang, mesti la ada rumput...ok, tapi nak bola jenama apa?...haha...kita sental NIKE yer sebab customer tak kesah...akhirnya, ini hasilnya lepas di'decorate'kan...





Alhamdulillah selesai juga...berat kek ni 1.5kg, saiz 10.5" selepas deco, kek span pandan & buttercream...thanks and lepas ni kalau berminat, boleh order lagi...In Shaa ALLAH...

*Jika anda berminat, boleh pm saya di 019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com

~Thank You~Smile~


~Kek pelangi dengan hiasan Hello Kitty 2~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Salam Jumaat....semoga hari ni lebih baik daripada hari-hari semalam...Minggu lepas ada post mengenai kek pelangi dengan hiasan Hello kitty kan?...so, hari ni nak share gambar kek supaya semua nampak lebih jelas...

Happy Birthday Dhia Damia Batrisyia yang ke-4

Kek pelangi 4 tingkat...kalau nak lagi tinggi pun boleh..

Pipi Hello Kitty yang telah dipotong...hehe

So, sekali lagi nak wish happy birthday Dhia Damia Batrisyia yang ke-4...semoga menjadi anak yang solehah dan cerdik..
Jika anda berminat, kek ni boleh juga kalau nak saiz kecil...tapi minimum berat 2kg sebab untuk deco, kena pakai byk ruang...anything, please call me yer...

-Thank You- smile-


Friday, March 8, 2013

~White chocolate macadamia-Pn.Jun & En.Kamal anniversary~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Alhamdulillah...hari ni jumaat ye??...skrg dah jam 3ptg...baru lepas siap satu lagi kek ulang tahun perkahwinan Pn.Jun & En.Kamal...kek ditempah ialah white chocolate macadamia with fresh cream topping...siap untuk hari ni...In Shaa Allah nest time akan update lagi kek terbaru...





Saiz kek: 8"
Nama kek: White chocolate macadamia with fresh cream



~kek pelangi dengan hiasan hello kitty~

Assalamualaikum
& Salam sejahtera
~~~~~
Alhamdulillah semalam siap 1 lagi kek...dah macam tadika dah...color besepah kat dapur...puas hati sebab akhirnya siap juga kek pelangi...buat 4 color je sebab customer tak nak tinggi sangat...tapi dia nak besar...


gambar atas tu belum deco lagi...ni hasilnya lepas deco...mengikut permintaan birthday girl, dia nak hello kitty...layannnn...



ni la hasilnya...Alhamdulillah nampak gak la macam hello kitty...almaklumlah, budak eng tak pandai lukis2 ni...In Shaa Allah akan perbaiki dari semasa ke semasa...

kek ni saiz lebih kurang 16"x8" & beratnya 4kg++...kalau nak saiz kecil pon boleh...so, bagi sesiapa yang berminat, boleh contact saya ye...019-9881205/ nurfarisa170588@Gmail.com