Wednesday, October 9, 2013

~~~What happen 16 sept 2013??~~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~

Sangat lame tak update blog..what happen hah?..masih bernafas ke farisa cake house?..haha, masih bernafas la...disebabkan beberapa masalah yg malas nak layan, so malas nak buka my cute miut laptop ni...akhirnya malam ni baru nak update ape yang dah terjadi sejak dua menjak ni...hehe...entry kali saje je nak kasi gempak sikit....what happen 16 sept 2013???...that my e-day...akhirnya termeterai juga janji antara saya and awak ye...berkat doa semua insan tersayang, berkat doa mak abah yg sentiasa mengingatkan saya,'bersabar ude..perkara yang gembira akan awak rasa juga'...hehe, yes akhirnya...tak pernah terfikir pon nurul farhana ni akan bertunang...pakai cantik2, duduk tunggu bakal mak mertua masuk sarungkan cincin...haha...aku just imagined nanti terus kawin je sebab bukan farhana ni yang duduk sopan2 pakai baju cantik nak betunang...boleh dikatakn hampir 100% persiapan pertunangan diarahkan oleh my all big sister and little sister sambil di haru-birukan oleh anak2 tercinta...dari mane nak cite persiapan ni yer?..aku citer mula dari hantaran yer...as usual, hantaran kami 9 berbalas 7...ape lagi mestilah ada sirih junjung, bunga telur, bunga rampai, coklat(ditaja khas k.ipar tercinta), kek(buat sendiri yer), baju, persalinan solat,kuih and buah-buahan...macam biase je, xde ape yg bezanye..tema color pink yg dah nak ke ungu dah..disebabkan pada mulanya banyak sgt masa nak buat(2 minggu je pon, tapi terlebih rajin nak buat sendiri) so decided nak buat bunga tisu sendiri...senang je buat bunga tu, tapi kene la pegi cari kertas tisu tu and others la...buat la byk2.....tadaaa, ni la hasilnya...






siap semua, ape lagi nak buat yer???...nasib baik la ade adik2 ingtkan...pegila mencari baju and persalinan solat...dapat je, balik terus gubah...agak lambat juga la nak siapkan semua sebab malam buat hantaran, siang pegi jenguk nenek kat hospital...akhirnya, siap juga semua hantaran...ni la hasilnya...



tinggal 3 hari lagi nak kenduri...ape lagi, bermula la kayuh laju2 nak siapkan goodies bag pula...yg ni nak buat tak banyak...just untuk org2 tua and pihak laki je(mane terdaya je)...habis aku halaukan anak2 pegi hospital main dengan pakcik2 dorang supaya boleh fokus nak siapkan cepat2...Alhamdulillah, siap juga semuanya...simple goodies bag, kek marble dan air kotak...packing siap2 and susun dalam bilik...siap 1 hal, terus tutup buku...ni la hasilnya...tadaaaa..







last day before kenduri, siapkan mane tak siapkan lagi...bunga telur...hiris bunga rampai...sirih junjung....pegi ambik kuih bingka and lastly please la jangan lupa, cheese cake yg telah dibuat khas untuk en.tunang(suka sgt cheese cake yer)...dapur dah penuh dengan aktiviti masak-memasak...so, buat deco kat dlam bilik la akhirnya...uli fondant dalam bilik...assistant ramai sangat dalam bilik ni...anak2 semua nak join uli fondant...buat banyak dah, tapi kene bahagikan sorg sikit...kang melalak pulak anak2 i ni(i sayang sgt u all ni..layankan aje)...sentuhan terakhir siap juga...tadaaaa...






siap semua hantaran...ok skrg nak cite pasal baju nak pakai esok...lupe pulak nak citer kisah excited adik2, anak2 and kakak2 aku ni time baru tau aku nak betunang...semua excited sgt2...time tu juga meeting nak pakai baju ape, color ape and paling kelakar, color tema dorg yg tetapkan...i ikutkan je, asalkan u all happy...akak siap call hubby die minta nak balik awal seminggu nak tolong mane yg patut(terbaik la my sis ni)...anak2 siap ade baju kembang color kelabu+pink...adik-beradik semua nak pakai baju sedondon...huwaaaa, terharunya i tengok semua semangat nak tgk i betunang...baju aku pula telah ditaja khas oleh isha amida fashion(akak aku la)...haha, juat highlight sikit2 je sebab xnak nampak sarat sangat(betunang je pon, kelakar bila fikirkan aku pakai macam ni...rase macam nak pakai baju kurung je)...ok, ni la hasil melaram semua anak2, kakak2 and adik2 aku hari bertunang tu...thanks sebab bagi idea and tegur mane yg i pon xtau...

~safiya~damia~adibah~

~adik~k.ila~ateh

~ateh~adik~me~adibah~akak~adib~

~family~

akhirnya, i'm engaged...dah reserved untuk someone else...Alhamdulillah semua bejalan dengan lancar...ramai tetamu yg datang and aku pecaya setiap tetamu yg datang ke majlis aku tu ibarat mendoakan kebahagiaan aku....so, thanks a lot...ape yang aku boleh buat sekarang ialah mohon doa semua agar kami terus bercinta hingga ke syurga...Amin...

~~Allah swt mencipta cinta antara kita~~


Thursday, June 20, 2013

~~Happy Birthday Cupcake~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
selamat malam. Kali ni nak update cupcake untuk birthday kawan Cik Paizah. Hehe..Cik Paizah tak kesah nak warna apa. Dia just requested nak deco fondant untuk 6 biji cupcake dan selebihnya deco buttercream biasa sahaja. So, bila buka bekas fondant warna yang terlintas dalam kepala masa tu ialah oren & hijau. Warna cerah ni menaikkan mood gembira. Hope beliau suka la gabungan warna ni. Bermula la menguli fondant warna oren dan hijau. Selesai uli dan bentukkan deco, masa untuk hias cupcake yang dah tunggu lama tu. Opssss.....terlupa pula. Cupcake yang diminta ialah chocolate moist ye. Hehehehe...Akhir sekali, time to snap picture pula...




6's fondant chocolate moist cupcake deco

Siap je deco, ape lagi....bungkus masuk kotak. Hehehe...



Tempahan semua 16 biji chocolate moist cupcake..So, balance lagi 10 biji ni Cik Paizah nak deco biasa je guna buttercream. So, saya buat deco bunga dan dedaun la. Yang kecil-kecil tu special give untuk orang kat rumah. Alhamdulillah rezeki hari ni berlebih. 



Siap semua cupcake lepas lunch. Tunggu Cik Paizah datang ambil lepas dia habis kerja pukul 5 petang nanti. Alhamdulillah selesai. 

Thanks for your support

~Smile~

~~Choc cheesecake & choc moist freshcream cake order by AA Associate~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Awal bulan yang lepas, AA Associates ade tempah 2 jenis kek untuk celebrate birthday bos dorang, En.Halim. Surprise dorang cakap. Alhamdulillah kek dapat disiapkan walaupun order last minit. Kek yang pertama ni kek keju coklat. Kat atas kek ni saya guna coklat hitam dan putih yang diparut untuk gantikan blueberry yang dah kehabisan dalam ice box tu. Order last minit, so mohon maaf sangat-sangat atas kekurangan yer. kek ni 10" dan berat 1.3kg++. So, inilah hasilnya...





Chocolate cheesecake

Untuk kek ke-2 pula, dorang order chocolate moist cake freshcream. Permintaan oleh semua staff, kek 12" dan nak guna fresh cream. Berat kek ni 2.5kg++. Lepas deco, ni la hasilnya..




Chocolate moist cake fresh cream

Alhamdulillah dapat juga siapkan kedua-dua kek. Kek ni berjaya dihantar ke ofis jam 12.30 tengahari. Selamat menjamu selera kepada semua staff dan selamat hari jadi En. Halim. Semoga terus success dalam peniagaan dan juga kehidupan. 

Thanks for your supports

~Smile~




~~2 set cupcake daripada Fahin~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Bulan lepas, 1/5/2013 kawan adik, Fahin ade order cupcake. Dia nak 2 set.1 set(12 biji) perasa coklat moist cupcake dengan buttercream dan lagi 1 set(12 biji) pula red velvet dengan creamcheese frosting. Warna tema putih dan merah. Fahin minta deco yang simple je. Yang penting, maksud yang tersirat dapat disampaikan. Hehe...yela tu dik..Ni hasilnya cupcake yang dah siap di buat khas untuk Fahin yang comey tomey ni.









Tema nak warna merah dan putih. Deco pon nak yang sweet untuk special katanya. Ok, so banyak la love yer. 
Siap semua, ape tunggu lagi bungkus la. Fahin nak pick-up petang nanti. Sebelum ambik kene masukkan dalam ice box sebab creamcheese frosting cair kalau duduk lama kat luar. Lepas susun, cupcake nak bergambar lagi. Hehehe




Alhamdulillah siap juga Fahin punya cupcake. Puas main jerit-jerit dengan anak-anak. Macam-macam janji saya taburkan semata-mata nak bagi dorg semua jangan kacau. Kesian anak athe yer. 

Anda berminat? Harga berubah mengikut jenis kek, deco dan juga krim yang diminta. Kuantiti untuk setiap  set boleh dipilih antara 6's, 12's, 16's atau 25's untuk kotak khas. Jika lebih daripada tu, boleh guna kotak lain. Sebarang pertanyaan boleh call or sms 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your support

~Smile~

~~Pertunangan Farid & Ika (Kek pelangi+buttercream)~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Majlis pertunangan lagi. Yuhuuuuu selamat bertunang Farid & Ika. Majlis ni bulan 5 baru-baru ni. Sory lambat update. Lepas berbincang dengan Makcik Sapiah(Ummi Farid), Makcik Sapiah setuju nak buat kek pelangi buttercream dan deco bunga-bunga. Warna tema hijau muda dan putih. Bagi tak nak buttercream ni muak bila dimakan, saya tambahkan perasa lemon sikit. So, takde la terasa macam makan cream sangat. Saiz kek 9" dan berat 1.5kg++. Agak berat la sebab kek pelangi untuk adunan saya ni memang lain dari lain. Hehehe.. Ini lah hasilnya ye..






Kek pelangi with buttercream

Makcik Sapiah requested nak masukkan dalam bekas yang cantik dan nak terus letak atas dulang lepas ambik. So, saya masukkan kek dalam kotak jernih dan siap ikatkan ribbon atasnya. Kalau nak tambah hiasan pada kotak tu pon boleh juga. Tapi semuanya dah cantik kalau terus je letak atas dulang. 



Ok, kek dah sedia nak kene angkut balik rumah kenduri. Makcik Sapiah requested nak buttercream sebab dia kata ice box kat rumah tak muat nak isi kek. So, buttercream or fondant adalah yang paling sesuai. Saya ikut pada budget pelanggan. Kalau nak fondant tapi nak harga kurang sikit, saya tak adelah masukkan kek dalam kotak jernih. Saya pakai kotak biasa je. Tak pon, pelanggan boleh juga gunakan hiasan fondant tapi masih gunakan buttercream. Harganya pon tak adelah mahal sangat. Tempahan akan berubah mengikut permintaan pelanggan. 

Selamat bertunang sekali lagi kepada Farid & Ika. Semoga selamat mendirikan masjid dan terus bercinta hingga ke syurga. Jika anda berminat, boleh call or sms saya di 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your supports

~Smile~

~~Choc chip walnut cookies & Oatmeal cookies untuk majlis akikah Adibah~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Sorry update lambat. Laptop buat hal dan menyebab diri ini malas nak update blog. Hehe..bulan lepas, akak ade buat majlis akikah untuk anak sulung dia, thats mean my 3rd doughter la, Nurul Adibah Awatif. Kakak request nak letak dalam goodies bag untuk bagi pada tetamu yang datang. So, terus terfikir nak buat cookies atau nama lainnya biskut yang rangup. Hehe...Dalam perancangan nak buat 3 jenis, tapi disebabkan anak-anak yang penuh bermain dikeliling time buat ni, jadi malas pulak. Knag tak pasal ade yang tersengat oven pulak. So, yang telah terhasil, 2 jenis je iaitu Choc chip walnut cookies dan oatmeal cookies.

Dalam choc chip walnut cookies ni saya masukkan choc chip dan juga kekacang. So, rasanya makin bertambah yummy la jadinya. First try sebelum ni, tak berape jadi sebab masih baru dalam pembuatan biskut ni. Tapi kali ni, alhamdulillah menjadi dengan jayanya. 


Choc chip walnut cookies

Untuk biskut ke-2 pula, saya buat oatmeal cookies yang dlmnya saya masukkan oatmeal. Sesuai dengan sesiapa yang ingin kurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Biskut sihat la orang kata. 


Oatmeal Cookies

Di sebabkan biskut ni untuk goodies bag, so kene la di pack macam ni. Kalau nak pack cara lain pon boleh. Contohnya masukkan dalam balang kaca kecil pon boleh juga.


Kalau nak masukkan dalam bekas yg lagi simple pon boleh. Contohnya seperti:-


Bilangan biskut dalam setiap pack terpulang pada anda. Harga boleh dibincangkn lagi banyak tempahan, lagi murah la harganya. Jika anda berminat, boleh call or sms saya di 019-9881205 atau email ke nurfarisa170588@Gmail.com

Thanks for your supports.

~Smile~