Wednesday, April 10, 2013

~Puding Roti Kuah Kastard~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Selamat pagi semua...pagi lagi kan??...sikit lagi nak tengahari...tengah tunggu abang pos hantar barang ni...bile la nak sampai ni???....huhuhu....sambil tu nak share resipi puding roti kuah kastard dengan anda semua...al-kisahnya semalam k.sue cite die nak buat puding roti....terus meleleh air liur dengar...nak buat hari ni, tak ade sape pula nak makan...tunggu la weekend ni ye...yummy!  yummy! sedapnya...kat bawah ni ada saya nak share resipi yang saya biasa buat...

Puding Roti Kuah Kastard
Bahan-bahan(puding):-
-roti 20 keping(saya biasa pakai roti gardinea sebab roti ni lembut)
-1 liter susu segar(Dutch Lady)
-175gm gula kastor
-10 biji telur(gred c)
-2 sudu besar esen vanilla
-50gm kismis
-50gm biji gajus/badam
-100gm Butter/marjerin(cairkan)

Bahan-bahan(Sos Vanilla Kastard):-
A
-750ml susu segar 
-100gm gula kastor
B
-125ml susu segar
-30gm tepung kastard
-2 sudu besar esen vanila

Cara-cara(Puding):-
1.Potong 4 bahagian dan susunkan kepingan roti ke dalam acuan. Jangan padat sangat, nanti keras.
2. Tuang butter/mentega yang telah dicairkan tadi di atas roti.
3. Masak susu hingga suam. 
4. Dalam bekas lain campurkan telur dan gula di kacau sedikit. Masukkan campuran tadi ke dalam susu dan kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla.
5. Tapis adunan tadi dan curahkan ke dalam acuan yang telah disusun dengan roti tadi. Taburkan kismis dan biji gajus yang telah disangai sedikit diatas adunan tadi.
6. Bakar di atas dulang yang berisi air pada suhu 180 celcius selama 30minit atau hingga masak.

Cara-cara(Sos vanila kastard):-
1. Masak bahan A hingga suam. 
2. Masukkan bahan B dalam bekas lain. Apabila bahan A dah suam, tuangkan bahan B dan kacau hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais.

Adunan ni memang banyak boleh dapat...kalau nak sikit, boleh bahagi 2 semua bahan-bahan tu ye...Siap semua, boleh la makan bila puding dan sos vanilla kastard dah sejuk. Sedapnya...dah terbayang puding lalu dalam tekak ni...ni ada gambar masa buat hari tu...tak sempat tunggu minum petang, tengahari dah tinggal sikit..

Ni la puding roti dengan sos vanila kastard saya

selamat mencuba ye...

No comments:

Post a Comment