Thursday, February 28, 2013

Chocolate Moist Fresh Cream & Pavlova with Fresh Fruit

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Last day February...Rasa macam cepat je masa berlalu...esok dah masuk mac ye...hari ni agak penat...Baking + beading...mood beading dah mai...huhu...sambil tu kene siapkan order dari pelanggan...order hari ni daripada kawan izzaty...pavlova saiz 9" & kek chocolate moist fresh cream 10"...agak besar kek ni...bila dah siap, timbang la...beratnya 2.5kg gak...wah2...party sakan la dorg esok...so, jika ada yang berminat, boleh pm saya ye...saya menerima tempahan anda selagi termampu...

Chocolate Moist Fresh Cream

Chocolate Moist Fresh Cream

Chocolate Moist Fresh Cream

Pavlova with Fresh Fruit

Pavlova with Fresh Fruit

Sebarang tempahan sila hubungi saya di nurfarisa170588@Gmail.com/019-9881205

~Thanks~

Wednesday, February 27, 2013

~Lagi manik ranting~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Ni lagi manik ranting. Pattern ni memang tak pernah bosan. Lagi2 bagi orang yang minat manik penuh baju. Hhaha...ni la pattern yang memeriahkan lagi baju anda tp simple. Ni baju saya sendiri. Penah sekali pergi meeting kat kementerian pelajaran pakai baju ni. Semua orang pandang. Hahaha...(Dalam hati cakap "jangan la pandang, buat tak tau jela"...malu gak la)


Manik penuh dengan pearl

Jika ada yang berminat, pm saya di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
*Tempahan jauh juga diambil melalui pos

~Thanks~


~Wow!!Meriahnya dengan manik~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry kali nak cerita pasal baju yang akak bagi. Baju ni baju akak time slim dulu. Dia dah tak muat, so bagi la pada adiknya ni. Saya pun gatal tangan, tambah la manik kat baju ni. Time ni malas nak cari pelanggan, so baju sendiri jadi mangsa lepas gian nak jahit manik. Ni la hasilnya. Tapi seriously, patern ni memang pakai banyak manik. Tapi tak pe, hasilnya memang puas hati. Ramai yang tanya berapa harga, tapi masa ni sebabkan tak de masa nak jahit, so cakap je tak ambil upah. So, sekarang masa dah melambak. Sape yang berminat, boleh pm ye..

Patern daun manik & Bunga labuci

Patern daun manik & Bunga labuci

Jika ada yang berminat, jangan malu jangan segan..please pm kat nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
*Tempahan jauh juga diambil melalui pos

~Thanks~

~Lace beading~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Kali ni nak share tentang lace beading. Patern ni agak simple sebab ia just kat hujung tangan & bawah baju. Walaupun guna lace, tapi pattern ni much better kene tambah dengan labuci & pearl nak naikkan kemeriahan baju ni. Time buat part time dengan k.Siti dulu, ramai gak la  customer yang nak guna patern ni. Patern lace sekarang lagi meriah. Nak tambah labuci or tak tambah pun ada. 

Baju Ziqah

Baju K.Norli

Baju K.Norli

Baju Zety

Jika ada yang berminat, boleh pm di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
*Tempahan jauh juga diambil melalui pos

~Thanks~

~Bunga labuci halus, daun, ranting & oval crystal~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Antara koleksi baju sendirian berhad yang boleh dikatakan lame dah buat, tapi baru pakai..baju ni baru pakai 2 kali..kalau ada kenduri jauh2 baru pakai sebab tak kan la nak pergi kenduri sedara nak pakai cantik2..nampak sangat pemalas nak tolong..so, latest pakai time kenduri rumah niwa & helmi bulan lepas..patern ni penah jahitkan untuk k.Radiah..alhamdulillah dia suka..Patern gabungan bunga kecil2 yang disusun rapat & sedikit ranting dan daun...


bunga halus labuci, daun halus, ranting & oval crystal

Baju k.Radiah..Patern sama tapi nak kurangkan bunga

Jika anda berminat, boleh pm ye kat nurfarisa170588@Gmail.com/019-9881205
*Tempahan jauh juga diambil melalui pos

~Thanks~




~Baju Convo~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Convocation??Huhu...dah hampir 2 tahun dapat scrool tu...alhamdulillah, impian terlaksana nak dapat ijazah..semua tu bukan untuk saya, ijazah tu khas untuk abah & mak..ana just buat untuk both of u..gembirakan hati parent dulu sebelum orang lain..entry ni just nk share gambar baju convo..kalau ada yang berminat patern ni sebab ia simple tp agak penuh pada bahagian depan baju..sesuai nak pakai untuk dinner gak..manik melingkar dari atas bahu sampai 3/4 baju...pada bahagian tangan juga ada manik sampai atas siku..jika anda berminat, boleh pm saya....


Convocation 2011

Manik bunga matahari dengan manik ranting halus

Jika ada yang berminat, boleh pm ye kat nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
Tempahan jauh pun diterima, tapi kene tambah dengan duit pos la.

-Thanks-



~Kurung Moden~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Hari ni rabu? Cepatnya masa berlalu.Entry kali saje2 sebab tengah takde mood nak start baking. Order ade, tapi nak tunggu mood betul2 datang. Sambil2 tu nak share sepasang baju ni. Kain pasang ni beli kat kawan yang dapat pada kawan dia di Indonesia. Saya ni suka kumpul kain pasang, tapi pakainya jarang sebab desakan kerja. Yela, mane sesuai nak pakai baju kurung kalau keje macam dulu. Tapi maybe sekarang sesuai kot.Hehe...Dalam almari tu banyak baju kurung & yang tak berape nak kurung belum pakai..Beading@bermanik rajin sangat.Selalu kene marah dengan mak. Tapi rasenya tak membazir pun kalau buat baju kurung sebab kita kan wanita melayu. Kalau nak pergi kenduri or melawat kawan2, tak de la timbul isu tak de baju. Haha..ade je jawapannya..ok, entry ni khas untuk my bff@noorharyatie ameera binti Apandi..Thanks bagi harga murah untuk kain ni...


Tukang jahit: Ishamida fashion@my love kakak
Lokasi kedai: Seksyen 18, Shah Alam
Fashion: Kurung moden




Friday, February 22, 2013

~~White Chocolate Macadamia Cake~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Saya nak update kek baru. White chocolate macadamia kek. 3 tahun lepas makan kek ni masa  birthday bff@atie. Teringat pula time study dulu. Zaman study memang best. Kek ni memang sedap. Gabungan white chocolate dengan macadamia memang sesuai. Antara gambar yang sempat diambil....


White Chocolate Macadamia Cake

^-^

White Chocolate Macadamia Cake
Harga: RM47 (8"- 2lapis-fresh cream)

So, jika anda berminat boleh pm saya di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205

Thank you-Smile-

~~Buttercream vs Fresh Cream vs Cream Cheese~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Entry hari ni nak cerita tentang cream. Bile pelanggan makan kek chocolate indulgance saya, mereka akan tanya, krim apa ni?tak muak la, sedap je. Jawapannya, saya guna chocolate mousse iaitu campuran krim tenusu yang diputar kental dan tambah dengan coklat masak, butter & telur. So, hasilnya jadi la krim yg sangat tak muak. Rasa puas hati bila pelanggan puas hati.
Ok, berbalik pada entry hari ni, pasal krim kek. Apa bezanya buttercream, fresh cream & cream cheese@ krim keju?

Buttercream @ krim mentega
Krim ni memang biasa digunakan nak buat topping kek. Krim ni sesuai untuk semua jenis kek dan boleh juga guna nak buat deco pada cupcake. Antara ketiga-tiga krim ni, krim yang paling cantik untuk deco, sudah semestinya krim mentega ni la. Krim ni lebih kental Ni ada saya kepilkan resipi krim mentega yang k.zura@Baking Loves ajar:-

Buttercream (Untuk sapuan kek)
Bahan: 100g air gula, 200g krimwell & 100g shortening
Cara:
1. Buat air gula: 100g air & 200g gula masak dengan api perlahan sehingga pekat & sejukkan
2. masukkan air gula dalam mixer, kacau
3. masukkan krimwell @ shortening dan kacau hingga kembang & bertanduk
4. masukkan perasa vanilla/ oren untuk sedapkan rasa

Tapi u all kene ingat tau, kalau nak buat deco kek, much better pakai resipi ni sebab resipi diatas kurang cantik kalau nak buat deco. Check it out:-

Buttercream (Untuk deco kek)
Bahan: 200g shortening, 300g icing sugar (di ayak) & 1 tbsp perisa vanilla/ oren
Cara: Campurkan semua bahan & pukul sampai kembang dengan kelajuan sederhana

Fresh Cream
Fresh cream ni sangat senang nak buat. Kita just guna whipping cream. Tapi u all kene hati-hati sebab whipping cream ada 2 jenis
1. Dairy Whipping cream @ krim tenusu
* Biasanya guna jenama Anchor
2. Non-Dairy Whipping cream @ krim bukan tenusu
*Banyak brand boleh dapat kat kedai kek. Contohnya Rich's, Value Pride & Vivo
Yang bestnya kalau buat fresh cream ni sebab krim ni sangat senang. U all just kene pastikan masa nak putarkan whipping cream ni, mesti dalam keadaan sejuk. Lagi bagus kalau pekakas nak gunakan pun mesti la sejuk iaitu dibuat daripada besi(mixer besi) sebab lagi lama u all dapat kekalkan suhu whipping cream ni, lagi cepat whipping cream ni kental & bertanduk. Krim ni tak muak kalau nak bandingkan dengan buttercream. Senang cite sedap la. Hehe..

Krim Keju @ Cream cheese
Krim keju ni sedap gak. Kalau nak bagi ranking, krim ni ranking no 1 la. No 2, fresh cream and lastly buttercream. Itu hanya pandangan saya. Tak tahu la u all. So, kene la try sendiri baru tahu mane yang sedap. Krim keju ni sedap sebab ia di buat daripada cheese. Ni saya sertakan resipi cream cheese frosting:-
Bahan: 500g cream cheese, 120g gula aising, 200g butter, & 1 tspn lemon oil
Cara: masukkan semua bahan & pukul hingga kembang
Biasanya krim keju ni sedap dengan red velvet, kek lobak, brownies & kek pelangi. Tapi ada je pelnggan yang nak try dengan kek lain. Boleh je. So, kepada semua yang masih tertanya apakah krim2 ni, harap dapat menjawab persoalan anda. 

-Thank You-



Saturday, February 16, 2013

~~~Mini Pavlova with fresh cream~~~

Assalamualikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Post yang lepas saya dah buat Pavlova saiz besar..ada kawan2 yang mintak harga kalau pavlova saiz kecil ataupun kita panggil mini pavlova..Thanks kepada yang bertanya sebab u all dah bagi idea kat saya..Mini pavlova ni memudahkan sesiapa yang nak bagi buah tangan pada officemate..tak payah nak cari pisau nak potong la, pinggan nak alas la..dapat seketul, terus ngap..
Mini Pavlova
Harga Mini Pavlova: RM36 (saiz 4", 4's-1 set)
*Fresh fruit: Strawberry, mangga, kiwi, anggur 
So, sebarang pertanyaan dan order boleh pm saya di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
Thank You-Smile-

***Birthday cake***

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Seperti biasa, kek memang sinonim dengan sambutan harijadi. Banyak pilihan boleh dibuat kalau nak makan kek ni. Untuk tempahan yang simple, biasanya kita akan guna kek span/ kek chocolate moist je. Tapi sekarang ni dah banyak pilihan kek. So, disini saya terima pelbagai jenis pilihan kek mengikut permintaan anda semua. Tapi pilihan topping masih terhad ye. Biasa kita akan buat buttercream, fresh cream & krim keju(cream cheese). 
Red Velvet & fresh cream & Fresh fruit (saiz 7"-2 lapis-Love)
*Kek birthday Mak  
Kek span & buttercream (8"-2 lapis) 
Pilihan Kek: kek span, kek coklat, kek chiffon(oren, strawberry, kiwi, mangga, vanilla)
Kek + Buttercream: 8"=RM35, 9"=RM45
*Fresh cream +RM3 
Kek + CreamCheese: 8"=RM50, 9"=RM60
*Tambahan harga untuk gambar edible,fresh fruit & extra deco 
*Free tulisan atas kek & lilin
Thank You-Smile-

~~~Fudge Chocolate Brownies with sunflower & pumpkin seeds~~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Seperti biasa, pagi ni nak update gambar kek. Entry pagi ni, mengenai brownies atau lebih senang nak bayangkan kek coklat masak dengan kekacang..Biasanya, kek kalau pakai coklat masak lagi sedap rasanya dari pakai serbuk koko..Rasa kek pon berbeza..So, bagi pandangan saya brownies ni lagi sedap la..Hehe..
Fudge Brownies with sunflower & pumpkin seeds (10")




Fudge Brownies
Harga Brownies: RM50(Plain, 10"), RM60(10", creamcheese)
*Boleh pilih kekacang: Almond/biji bunga matahari/kacang hazel/ Biji gajus/biji labu
So, jika anda berminat nak order or ada pertanyaan, boleh la pm saya di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205 
Thank You-Smile

Wednesday, February 13, 2013

--Semerah Hati Red Velvet--

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Bagi peminat tegar kek, red velvet bukan kek yang baru..kek ni memang sedap..betul la kek ni ramai peminatnya..
Red velvet with fondant
A slice of red velvet

Harga Red velvet with creamcheese frosting:RM80(8", 2layers cake), RM90(9",2layers cake)
*Tambahan harga jika mahu gambar edible & deco lain

Biasanya kek ni dimakan dengan cream cheese..tapi kenapa saya buat fondant ye??..hehe..ni je gambar yg masih tersimpan dalam phone..so, kalau ade yang nak red velvet with cream cheese, order pun diterima..
so, please email me or just drop a message to my number ye...nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205

Thank you-smile-

Tuesday, February 12, 2013

~~Semanis Pavlova~~

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
~~~~~
Dulu tak tahu ape tu pavlova..ramai orang cakap pavlova ni sedap..teringin nak rasa..sedap! sedap! sedap! memang sedap..bagi sesiapa yang belum pernah rasa pavlova, anda boleh bayangkan pavlova ni diluar sangat garing tapi didalam lembut macam mashmellow..biasenya pavlova ni orang makan dengan whipping cream + buah segar..letak dalam peti ais dan makan time boring..hidup anda tak akan boring dah..hehehe..
1st time try Pavlova untuk family
A slice of Pavlova with blueberry filling & whipping cream *Gambar hiasan sahaja sebab Fresh fruit kat rumah dah habis. Untuk tempahan, akan ditambah fresh fruit
2 layer of Pavlova with fresh fruit & whipping cream
Harga Pavlova: RM40=8"(1 layer), ++RM15 untuk 2 layers @ 3 layers
*Whipping cream+fresh fruit(strawberry,oren,kiwi,anggur,mangga)
Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh pm saya di nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
Thank You-Smile-

~~Oh! my Chocolate Indulgance~~

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Ramai orang suka makan chocolate indulgance kan??...so, ni target saya nak buat kek ni..kek ni memang sedap dan bagi peminat tegar coklat, tak perlu la saya nak explain betapa sedapnya kek ni bile cair dalam mulut....huwaaaaa....sangat sedap..kek ni sedap makan time minum petang dengan family dan kawan2...nak bawa sebagai buah tangan untuk sedara@kawan2 pon sedap..
chocolate indulgance~~yummy!!(Size 9")
A slice of chocolate indulgance
Harga Chocolate Indulgance(2 layers-white & dark chocolate mousse, chocolate gananche): RM75=8", RM85=9"
*Tambahan harga jika mahu gambar edible & deco lain
So, jika anda berminat, jangan malu jangan segan, please email me at nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205
Thank you-smile-

Yummy!! Yummy!!...sedapnye kek lobak @ carrot cake

Assalamualaikum
& Salam Sejahtera
~~~~~
Lets update blog ni..Antara kek yang mendapat pujian sampai senyum ke telinga ialah kek lobak@carrot cake.Both my parent sangat suka makan kek ni. Sedap katanya..Tapi memang sedap pun(sape2 buat pun sedap kalau kene selera tekak kita)..U all boleh la try kat mane2 kedai kek..Ada orang suka kek ni topping dengan cream cheese..tu lagi sedap..biasanya, saya akan tambah dalam kek ni badam cincang, rasa kek ni jadi makin sedap la..
kek lobak @ carrot cake
Harga kek lobak:RM65(8")with creamcheese frosting
Harga kek lobak:RM70(9")with creamcheese frosting
*Tambahan harga jika mahu gambar edible & deco lain
So, bagi sesiapa yang berminat nak tempah, boleh email ke nurfarisa170588@Gmail.com/ 019-9881205..
Thank You - Smile

selembut kek span~~~Lets try & order~~~

Assalamualaikum 
& Salam sejahtera
~~~~~
Jam dah pukul 10.15pm...sambil layan cerita kat tv, nak update sikit kek yang dah dibuat...semalam dapat order dari cik.shima@jiran sebelah rumah. Cik Shima just nak kek span pandan untuk minum petang...pukul 11pg order, kul 2ptg dah hantar...sambil2 masak lunch, buat kek ni...kalau dekat, boleh la buat express...so, disini saya ade update beberapa jenis kek yang sesuai untuk minum petang dan juga untuk buat berkat@buah tangan untuk tetamu datang kenduri:-
kek span pandan@strawberry@coklat@kiwi
- boleh dibuat dalam saiz besar atau kecil mengikut tempahan
 
kek cawan kertas
*Harga saiz M: RM0.80's (harga berubah mengikut jumpah tempahan dan saiz)
*Tambahan harga: 1. RM0.30 untuk dome casing
                            2. Deco atas kek cawan kertas  

Dome casing

kek span tempahan cik shima(8")
Kek span(tanpa filling)=RM15(8")
*Boleh pilih perasa(Contoh: Pandan, mangga,straberry,vanilla,coklat, kiwi)
Jika anda berminat dan ada sebarang pertanyaan, boleh email ke nurfarisa170588@Gmail.com / 019-9881205

 Thank you-smile-